Monday, March 28, 2016

~Majlis Anugerah Apresiasi Kecemerlangan JANM 2015~

Assalamualaikum & Selamat Hari Isnin guys!!

Bahasa aku mcm nk formal tp malas membakukan bahasa. Aiseh. Aku dan malas tak dapat dipisahkan dah. Haha

Kali ni nak cerita mengenai Hari APC 2015. Eh, hakak pun tercalon tau! Tanpa disangka sangka. Hiks! Sungguh pun aku tak adalah nk sgt APC tu. Entah lah, aku buat je keja mcm biasa. Tada pulak nk mengipas bos ka apa. Aku tak macam tu tau. Dah nama rezeki kan. Alhamdulillah ye.

Majlis tu diadakan pada 24hb Mac 2016. 23hb tu ada rehearsal. Kebetulan, Jumaat hari ni 25hb Sarawak sambut Good Friday, cuti lah kita. Aku mohon cuti 1 hari hari Senin. Dapat pulak travelling day, kira seminggu la aku di Semenanjung. Yeay!! Bleh jumpa husband. Hahah

AG Kapit aku dan Runy dapat APC. Malangnya gambo tak adalah beria sgt aku ambik. Aku beria ambik gambo teman2 yg dapat anugerah tu. Gambo aku x ada la pulak. Ekekek! Tak apa, janji dah update blog ini. Mari melayan gambo yg aku ada ne.

Cewah!!
Sesi Raptai~With Atiqah AG Sibu
Sesi Raptai~With Madam Jawai AG Sarikei
Sesi Raptai~With AG Sarikei & AG Sandakan' Staff
Hari Kejadian~ With Runy
Mereka adalah penerima APC 2015
Si Cantik Manis~ Tiong Hui Ping
Mereka dari AG Perlis~ Utaqa mariiii...
Gimik yg buat semua org terjerit terkejut. Eh, dia ajak Dato' ANM berlakon pulak. Ekekek!!
Lastly : Kami la, Zon Sarawak. Dari Kiri, Tiong Hui Ping(AG Sarikei), Atiqah(AG Sibu),Siti Jamilah(AG Kapit)

Nampak aku tak? Haha
Menteri Kewangan muda belia wehhhh!!
Dengan itu,berakhir sudah entry kali ni. Hehehe.... Alhamdulillah di kurniakan APC setelah hampir 4 tahun berkhidmat di AG Kapit. Harap lps ni dapat la aku balik ke semenanjung. Aku dah tak saba nak cari pengalaman di tempat lain.

Masalahnya sekarang, asal aku balik semenanjung je, kulit aku habis jahanam. Seakan akan x bagi aku balik semenanjung je. Aku pun terfikir, macam mana aku nak hidup d semenanjung selamanya bila aku balik hanya seminggu, kulit aku dah naik alergik2 sepi kat kaki. Bila aku duk di Kapit, tak ada pulak naik benda tu. Benda tu akan hilang dalam masa 2 minggu bila aku datang ke Kapit selepas balik dari semenanjung. Petanda ka itu? Sungguh aku rs susah ati. Susah ati kalau balik je semenanjung,kesihatan aku kembali teruk macam dulu. Entah, hati aku rs berbelah bahagi.
Separuh ingin balik duduk dgn husband, separuh lagi tak rela kaki ku di naiki alergik sepi. Sedih u!!

Okeylah. Terbebel tanpa sengaja lak. Btw uols yg terlajak lalu blog ni, mohon doakan saya dapat tuka balik ke semenanjung ya. Temkiu uols!

~Still In Kapit Nan Sentosa~

Friday, March 18, 2016

~Lawatan Kerja Dato' Akauntan Negara Ke JANM Cawangan Kapit~

Assalamualaikum & Selamat pagi uols!!

Tanggal 14 Mac 2016 yg lalu, pegawai tertinggi Jabatan Akauntan Negara dengan segala sukacitanya telah mencemar duli datang melawat anak2 buahnya di Jabatan Akauntan Negara Cawangan Kapit. Semua pegawai Lantikan Jabatan Akauntan yg berkhidmat d Bahagian Kapit telah hadir memeriahkan majlis pada hari itu termasuk seorang pegawai baru Penolong Akauntan W27 yang baru sehari dilantik.

Lawatan yang melibatkan beberapa pengarah dari beberapa bahagian itu telah kami sambut dengan persiapan yg aku rs agak syiok utk dikenang. Yelah kan bukan senang, pihak atasan nak mai melawat kami sini. Depa tau hantaq ja kami mai sini. Hehe...Tapi Dato' sudah pernah datang Kapit tahun 2013 bersama Dato' ANM terdahulu.

Harap depa tak serik lor nak mai lagi. Kalau bukan pasal kerja, tak ada siapa pun sanggup ne datang sini. Aku pun berbesar hati mai bekerja di Kapit. Kalau tak kerana keja, tak ada maknanya aku sanggup korbankan satu hari utk pergi ke Kapit. Cuma nak kembali ke Semenanjung ne yg buat ssh sikit sbb tak ada org nak mai gantikan tempat.

Makluman, semua geng batch aku dah pulang ke pangkal jalan dah. Aku ja belum insaf. Haih! Menceceh panjang2 kang uols jemu lak membaca. Mari la kita melayan beberapa pict sepanjang Lawatan Kerja Dato' ANM ke Kapit. Enjoys!!

Eh, sebelum itu kan, pada 14 Mac 2016 tu jugak la ada kes kebakaran kecik berlaku di ofis aku. Gara2 kegagalan fungsi sebiji ekon dalam bilik mesorat yg kebetulan ms tu ada pegawai Inspektorat tengah mengaudit. Alamak! Tu semua dugaan yg tak disangka- sangka. Nasib tak ada yg lemah jantung kan. Alhamdulillah semua selamat dan api pun x besaq sgt sbb En.Bunsu dah bertindak pantas. Untung ada En.Bunsu ms tu. Depa di tingkat bawah la khususnya bertindak pantas utk mengelak kejadian lebih tragis.

Semasa kejadian kebakaran~Bukan cubaan,betul2 kejadian ne
Haruslah ada bomba datang.
Kami semua berlari keluar pagar. Sepatutnya semua kena berkumpul di Spring sana(KedaiMakan). Nan hado!! Semua pakat nak tgk abam2 bomba. Termasuk pegawai Inspektorat juga yeah!!
Dari kiri : Puan Z,Peg Inspektorat 2 org belakang Zul,Encik Cani,Kak Ketty,Rekha(nmpk rambut je),Albert(nmpk bj jer), dan Kak Ji(Sedang tersenyum simpul) Dan di belakang itu,ada aku sedang duduk(opkos la x nmpk)
Ehem! Couple of de day! Dalam kesibukan semua org nk menyibuk dgn abam2 bomba di opis, depa ni SYMP plak kena p Wharf sebab nk jemput rombongan Dato'. ~Puan Z n Hubby En.Azmi
Jeng3 Dato' is arriving!! Dato' and da geng!
Dari kiri : En.Azmi,Pengarah JANM Neg. Sarawak & wifey,Timbalan Pengarah BPOPP,Datin,Dato',Bos,Pengarah BPPP,Pegawai Khas dan En. Canisius
Kak Ji(Org pentim majlis Dinner),Kak Ketty, Kak Suzie & aku nak jugak nterprem!
Miss Lily
Uncle Collin
Penari Ethnic Dancer. Owh,ku jugak nterprem situ with the partner in crime~Incik Azlan! EmCee la kekonon. Last2 Incik Azlan jugak kena perabes! Tq partner!
Eh2!! Tetamu pun nak menari lar. How sweet!!
Close up sikit muka penari kita. Ethnic Dancer! Thanks uols for the great show!
Singer kita pada mlm tersebut. Encik Canisius menyumbangkan lagu iban dengan suaranya yg serak2. Haha...lucky to have u that night boss. Aku x pasti la kenapa gambo dlm kamera opis punya ni teruk bebeno. Entah gambo apa yg diambiknya pun dop tahu lah. Segan aku nk haplot kat sini byk2 gambo. Kena pilih betul2. Hrmmm
Ni la venue Dinner bersama Dato' ~Majlis Pengerami Makai Lemai Ngau Dato'~ katanya!
Close-up!~Aku and da Ethnic Dancer!
Menu utama Dinner adalah Ikan Semah Stim(kot) Hehe
Buah Ucung! Rasa macam adik beradik buah rambai gitu. May be akan jd my fav juga kot.
VVIP with the Ethnic Dancer! Sporting nya depa ne. I am very like2!!
Depa pun nak jugak!
Pengarah JANM Negeri Sarawak berkaraoke~Biarlah Bulan Berbicara~Menusuk kalbu!
Pengarah BPPP~Encik Azal yg aku sifatkan sgt pendiam & low profile berkaraoke dan aku tak tahu lagu tu tajuk apa. Maaf ya tuan. But ur voice is very nice!
Selesai Majlis Pengerami Makai Lemai Segulai adalah pada pukul 10malam. Yeay! Bole balik tido dengan lenanya!! Selesai 1 tugasku jd Emcee walaupun sebenarnya En. Azlan yg banyak berkata-kata ditu. Hahah~ Ampun ya En.Azlan sbb sy tu lupa diri bila kamera besaq kat tgn sy.

Esoknya.....15 Mac 2016

Depa mai dah!! 
Ni lah dia perjumpaan. Harap2 depa x serik nak mai lagi kat Kapit ne.
Emcee la katanya kan!! Baca doa pembuka~Zul
Dato' berucap. Okeh fine! Aku upload pict yg aku ambik dari henpon aku. Tak puas ati punya pasal dgn gamba dlm kamera besaq! Harap faham la ye knp. Pict dlm henpon aku limited sbb aku kn Emcee,mn dan nk p ambik gamba. Agak2 la kot iya pun. Apakes, aku nak gila kuasa pulak kan!! Serius, aku sgt tak puas ati dgn pict dari kamera besaq! X sesuai nk boh dlm blog~Nangeh!!!!
Selamat masuk FB...haha
With indu dara~Kak Suzie
Indai Darren~Rekha
Indai EE & Nomi(Kak Ketty) & Kak Suzie
Siraj, Zul & Lily
Kebuluran sebab x sarapan. ~ Sempat ko menjeling kan!
Ready to eat!!
Motif sangat!
Haha
Konon2
Lelaki ituuuuuu
Nak jugak selit kat situ. With Wifey Pengarah JANM Negeri Sarawak & En Azal, Pengarah BPPP
Macam terlebih beraksi seja tu W32 kita yg berdua tu. Ahaha
Last but not least, Terima Kasih sebab datang ke Kapit. Sila hantar pengganti sy ke sini secepat mungkin. Kasi sy kutip pengalaman di tempat lain pula. Please3......

Sebelum aku mengakhiri entry indah lagi bermakna ni, suka hati aku nak letak gambo bersama sama mereka. Sat nah!!
Haha....ni la dia pict x berapa nk propesyenel sgt. Tak center! Tak pa lah, janji ada juga kan. Meh aku kenalkan auk!
Dari kiri belakang : Kak Ketty,Lily(PPD),Puan Z,Puan Eve,Rekha,Incik Cani,Incik Victor,Zul, En Collin,Albert,Sirajuddin,En.Azlan(PPD),Cip Geraldson,En Danny Dan En Azmi(PPD)
Tengah dari kiri : Kak Ji(x nmpk lor),Kak Suzie,Cip Helen,Saya,
Duduk dari kiri : Pegawai Khas, Pengarah Negeri,Pengarah BPPP,Dato',Bos,Timbalan Pengarah BPOPP,Datin,Wifey Pengarah Negeri
Maka dengan ini, berakhir lah sudah karangan saya pada kali ini. Semoga dengan perjumpaan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita semua yeah! Thanks yeah!


P/S : Sesiapa yg lalu d blog saya yg serba kekurangan ini, tolong doakan saya dapat tukar balik ke semenanjung & dapat saya duduk dengan suami sy yg terchenta. Terima kasih auk!

Still in Kapit Nan Sentosa~