Monday, March 28, 2016

~Majlis Anugerah Apresiasi Kecemerlangan JANM 2015~

Assalamualaikum & Selamat Hari Isnin guys!!

Bahasa aku mcm nk formal tp malas membakukan bahasa. Aiseh. Aku dan malas tak dapat dipisahkan dah. Haha

Kali ni nak cerita mengenai Hari APC 2015. Eh, hakak pun tercalon tau! Tanpa disangka sangka. Hiks! Sungguh pun aku tak adalah nk sgt APC tu. Entah lah, aku buat je keja mcm biasa. Tada pulak nk mengipas bos ka apa. Aku tak macam tu tau. Dah nama rezeki kan. Alhamdulillah ye.

Majlis tu diadakan pada 24hb Mac 2016. 23hb tu ada rehearsal. Kebetulan, Jumaat hari ni 25hb Sarawak sambut Good Friday, cuti lah kita. Aku mohon cuti 1 hari hari Senin. Dapat pulak travelling day, kira seminggu la aku di Semenanjung. Yeay!! Bleh jumpa husband. Hahah

AG Kapit aku dan Runy dapat APC. Malangnya gambo tak adalah beria sgt aku ambik. Aku beria ambik gambo teman2 yg dapat anugerah tu. Gambo aku x ada la pulak. Ekekek! Tak apa, janji dah update blog ini. Mari melayan gambo yg aku ada ne.

Cewah!!
Sesi Raptai~With Atiqah AG Sibu
Sesi Raptai~With Madam Jawai AG Sarikei
Sesi Raptai~With AG Sarikei & AG Sandakan' Staff
Hari Kejadian~ With Runy
Mereka adalah penerima APC 2015
Si Cantik Manis~ Tiong Hui Ping
Mereka dari AG Perlis~ Utaqa mariiii...
Gimik yg buat semua org terjerit terkejut. Eh, dia ajak Dato' ANM berlakon pulak. Ekekek!!
Lastly : Kami la, Zon Sarawak. Dari Kiri, Tiong Hui Ping(AG Sarikei), Atiqah(AG Sibu),Siti Jamilah(AG Kapit)

Nampak aku tak? Haha
Menteri Kewangan muda belia wehhhh!!
Dengan itu,berakhir sudah entry kali ni. Hehehe.... Alhamdulillah di kurniakan APC setelah hampir 4 tahun berkhidmat di AG Kapit. Harap lps ni dapat la aku balik ke semenanjung. Aku dah tak saba nak cari pengalaman di tempat lain.

Masalahnya sekarang, asal aku balik semenanjung je, kulit aku habis jahanam. Seakan akan x bagi aku balik semenanjung je. Aku pun terfikir, macam mana aku nak hidup d semenanjung selamanya bila aku balik hanya seminggu, kulit aku dah naik alergik2 sepi kat kaki. Bila aku duk di Kapit, tak ada pulak naik benda tu. Benda tu akan hilang dalam masa 2 minggu bila aku datang ke Kapit selepas balik dari semenanjung. Petanda ka itu? Sungguh aku rs susah ati. Susah ati kalau balik je semenanjung,kesihatan aku kembali teruk macam dulu. Entah, hati aku rs berbelah bahagi.
Separuh ingin balik duduk dgn husband, separuh lagi tak rela kaki ku di naiki alergik sepi. Sedih u!!

Okeylah. Terbebel tanpa sengaja lak. Btw uols yg terlajak lalu blog ni, mohon doakan saya dapat tuka balik ke semenanjung ya. Temkiu uols!

~Still In Kapit Nan Sentosa~

No comments:

Post a Comment