Assalamualaikum & selamat pagi,
Ramadhan kali ini masih di bumi Kapit, Sarawak. Kali ke-5 sambut puasa kat sini. Tiada apa yg perlu aku perjelaskan kerana sesungguhnya aku belum dapat tuko balik ke semenanjung! Jadi jangan byk tanya kerana setiap pertanyaan itu tersangat mengguris naluri & hati aku juga hati insan2 yg perlu aku jaga sepenuh kasih.
Iya, puasa bersama status yg berubah! Tapi luarannya tak merubah apa2 pun. Haih, maafkan sy ye husband. Tak dapat sama2 dgn kamu di bulan mulia ini. Berjauhan lagi kita. Huhu
Sedar tak sedar hari ni dah pun 17 Ramadhan. Cepat giler masa berlalu.
Ada khabar pertukaran yg tak sedap di dengar. Akhir tahun ini katanya. Kalau tak ditukarkan aku akhir tahun ni, jangan tanya sebab pa HQ kena bom. Hahaha
Aku dah tak eksaited pun. 4 kali Ramadhan aku eksaited kan. Kali ke-5 sayu gila. Mungkin ke sbb husband yg jauh di mata? Takdak feel langsung. Saat2 masa mcm ni, aku x harap hati aku ni dilukai dengan pertanyaan2 yang aku tak ada jawapan.
Sungguhpun, ada ke orang ikhlas berjauhan dengan seorang bergelar suami/isteri? Aku rasa aku x ikhlas kot. Tapi mengenangkan kata2 husband " B pergi kerja kan" tu la buat aku rasa redha dalam terpaksa. Ikhlas? Allah jelah yg tahu aku ikhlas ke tidak.
Berbekalkan kepercayaan, keyakinan, kejujuran dan kasih sayang, aku mampu bertahan sampai sekarang yg dah masuk bulan ke 11 perkahwinan. Akibat dari berjauhan tu, kami jarang bergaduh, merajuk2 tu selalu la. Haha...(aku le tu)
Hikmah apa yg Allah nak tunjuk, aku pun tak pasti. Aku tau dan sedar semua yg terjadi ni ada hikmah di sebaliknya. Cuma masa saja tak tau lagi bila nk discover hikmah tersebut. ~Sama kes dedulu tu la. Knp dpt keja lewat dari org lain. Knp sakit. Knp dan knp. Selalu doh aku persoal knp, knp dan knp.
Jawapannya satu je, Allah tak duga apa yg kita tak mampu hadap. Dugaan la tu. Sabo la ye.
Pesanan buat opismet aku : Apis & Din, sabo la ye berjauhan dgn bini masing2. Haha
kbai. Still in Kapit nan Sentosa
~Melintas di sini, mohon doakan saya dapat tuko balik ke semenanjung dengan kadar segera. Thank you!!
No comments:
Post a Comment