Sedar tak sedar, tahun ne merupakan tahun ke 4 aku berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Huh, cepat masa berlalu. Rewind balik 4 tahun yg lalu ketika ini, aku br lepas smyg Isyak kali kat rumah Bahab, abang kpd kakak ipar aku. Lps tu duk berdebar je menahan perasaan gugup nk hadapi tarikh 16 April 2012, tarikh di mana aku akan melapor diri di Jabatan Akauntan Negara, Putrajaya.
16 April 2012~Isnin
Aku melangkah masuk ke Dewan Serbaguna Aras 7 Jabatan Akauntan Negara Malaysia for the first time ever! Masa tu BFF aku yg kat Johor tu belum tau. Ops, sorg BFF yg terkecuali drp senarai yg patut aku bgtau dia yg aku sebenarnya dapat keja. Jahatnya aku bila aku rahsiakan semuanya. Sebab apa? Aku rasa aku dah byk bergantung pada dia sebelum ini. Aku nak keputusan yg aku buat x dipengaruhi sesiapa, kononnya la... Pastu dia antara insan terakhir tau aku dapat keja tetap. Ko rasa? Harus la dia kecik ati gila dgn aku. Maafkan aku ya sahabat.
Hari pertama aku tak berapa nak ramah sgt. Plus aku terasa tersangat rendah diri sbb depa semua muda2 lg dah dpt keja. Untungnya. Sedangkan aku? Begitulah apa yg aku rs. Hari pertama yg aku rs terpencil. Hehe.. Org pertama yg tegur aku ialah Madonna N Eyda. Depa ne satu Poli. Kalo x salah aku la.
17 April 2012~Selasa
Kami masih lg kena p Dewan Serbaguna tu sbb kena tggu surat penempatan. Siap kena sign kehadiran. Pihak BPPP kata gaji dah mula kira sejak hari lapor diri. Omaigad!! Can't Believe!! I'm a working person!! Hari ke 2 kat Putrajaya pun aku masih lagi rasa terpencil. Tapi dah mula kenal gitu2 saja dgn depa. Budak laki? Memang la aku tak pandang. Bukan aku sombong tp malu la aku nk p tego depa kan. Aku kn pemalu.Ekekek!!
18 April 2012~Rabu
Depa kata nak bagi surat penempatan. Tak dak pun. Semua org mengeluh. Apa, korg dah x saba nk bekeja ea? Termasuk aku la. Tersangat la membuang ms aku rs 3 hari tu. Ms tu aku x dak la Whatsapp. Aku still guna henpon Nokia aku tu. Depa len sudah canggih, sudah ada Whatsapp, layan online kat henpon. Aku je x tau nak bt apa. Bleh pulak hafal lagu Jabatan time ne. Omg, sweet nya aku rs diri aku ketika itu. Ahaks!!***Skrg abes lupa dah lagu jabatan...sobs!!
19 April 2012~Khamis
Hari yg di tunggu dah tiba. Mesti ampa nebes kan. Aku pun. Jauh di sudut ati, sakan aku doa moga2 aku dapat kat Kedah. Tudia baq hang!!! Mulut bukan main lg x kisah la dapat kat mana pun. Dapat kat Kapit pun x pa aih. Tu la, kata2 itu satu doa tau! Mana tau nk makbul. Sekali betul. Ishk aih, masin plak mulut. X pa la, terima saja la walau hati kat dalam nu duk rs macam2.
Dapat surat penempatan, aku terus call abg aku kat kampung kata aku dapat posting ke Kapit. Abg aku kata g saja la, kata nak keja. Haha..gila cool! Ms Bahab ambik aku ptg tu, dia pun tny aku dpt posting ke mana. Aku pun jawab, Cawangan Kapit. "Oh tempat arwah abg mu dulu la" tu ayat Bahab. Pastu ada kata2 perangsang dan semangat yg Bahab & Isterinya (Kak Liza) bagi kat aku. Sampai bila2 pun jasa Bahab & Kak Liza akan ku kenang. Tq sesangat.
Sampai rumah Bahab, episod nak ckp dgn Kak Chah pulak. Dengar sj perkataan Kapit tu, dia terus saja tak bg aku g Kapit. Semalaman dia duk teriak. Macam aku nk g perang pulak gaya. Nasib la ada Cik Siti yg sama2 mari K.L ne dengan aku & Kak Chah. Dia duk back up keputusan aku nak g Kapit tu. Last2 teriak la Kak Chah ku itu. Setel, langsung dia x ckp dah dgn aku.
20 April 2012~Jumaat
Kak Chah bt keputusan nk balik kg. Aku pun bt keputusan nk sewa rumah sm2 Madonna d Putrajaya. Luckily jumpa Encik Othman yg byk tlg kami dapatkn rumah tu. Nak sewa smp hari Ahad je sbb hari Isnin 23 April 2012 kena gerak g Sarawak dah. Kata Cik Siti, Kak Chah duk teriak sepanjang jln atas bas. Sadis pulak aku yg membaca sms ne. Keputusan ini terbaik utk kita, Kak Chah. Redha sj la. Doakan yg terbaik utk adikmu ne.
Hari ne, geng2 yg kena p Sabah Sarawak kena kumpul. Depa bagi bilik khas utk kami. Ada yg sibuk bt rayuan, ada yg x berenti lg menangeh. Aku? Buat apa lak nak menangeh, dah ini yg aku dapat. Terima saja la kenyataan. Gila keras ati aku ms ne. Yes, aku tak sedih pun aku kena p Sarawak tu. Peliknya aku sedih tinggalkan kucing aku d kg nu. Duk fikir, sapa la nak bg kucing2 liar aku tu makan. Haih....sob2
Hari ne la, aku mula rapat dengan Kak Na, Nana, Izyan, Yusra, As, Mila, Azar, Pais, Don, Azi,Ernie, KakYang. Yang mana dapat dpt kat Sarawak tu kenal belaka. Ms ne x kenal lg budak Jepun Reen. Tak tau nama reen tu sapa. Tapi muka kenal. Haha..key, nak pict kan? Mesti korang rindu........moh le kita menengok kenangan kita....
See...hemoih, tak sedih pun aku ms tau dapat kat AG Kapit |
Omo3!!!! Depa neh.... |
Ne la PA batch April 2012..37 orang kalau x salah aku la |
Awat Pais selpie nmpk muka aku gak? |
Haila x abes ngaji lg ms ne. *** Sekarang dah mak orang! |
Jejaka Idaman Malaya katanya! Tiga da berbini, 2 lg duk tggu masa. Oi, jgn lupa jemput! |
Reaksi depa lepas dapat surat penempatan~ Poyo!! |
Sista |
Tess & Donna |
Kami Wilayah Sarawak!! |
Hahahaha...kenangan~Awat aku ayu sgt tuh? |
Sisters |
Sisters~ Sapa ambik Pict ne ye> Ops!! |
Geng rumah ms induksi |
Dah apahal aku sorang je berkasut? Depa suma berselipar |
Tak reja len, jadi model sat! |
Depa dua ne sampai lani duk suruh kami tggu. Nak tggu pa pun x tau~Gurau ja noh....jgn ambik ati nah |
Hahahaha... gelakkan dia |
Lobi Aras 8 |
Happy 4th Anniversary Friends!! Keep In Touch!!
~Still In Kapit Nan Sentosa~
Siti Jamilah Bt Che Saad
Jbtn Akauntan Negara Malaysia Cawangan Kapit
23 April 2012 ~ 2016
No comments:
Post a Comment