Aku sekarang telah selamat berhijrah pulang ke pangkal jalan setelah 4 tahun lebih mencari sesuap nasi, sesudu canai guring, semangkuk laksa sarawak di Kapit nan sentosa. Tarikh kuatkuasa pertukaran aku adalah pada 1 November 2016. Tapi aku minta tangguh sehingga pertengahan bulan 12. Malangnya permohonan penangguhan aku tu tidak berjaya dan pej baru aku hanya meluluskan penangguhan aku sehingga tengah bulan 11 saje. Maka dengan berat ati, aku pun usaha la kemas barang kain baju yg ada selai dua tp 2 3 beg juga la hasil selepas dilipat2 dan disumbat sumbat. Haha..kelaka lak! Dan 14 November, aku pun selamat melapor diri di pej baru kat Putrajaya.
Maka dengan itu, berakhir sudah musim melenggang kangkung g ofis pukul 7.45 pg. Lani kena tubik dari umah pukul 7 pagi. Tak bernasib baik, sangkut pulak dengan segala jem buah-buahan. Huh!! Untuk sementara waktu ni, husband la yg bertanggungjawab hata ambik aku d Putrajaya ni. Well, ustaz kata ni adalah tanggungjawab husband, bukan pengorbanan. I is like no comment!! Jauh kot Shah Alam p Putrajaya. 40 minit lebih kurang. Cuba muha bayang, nati next year aku pulak yg drive?
Okeh, aku dah malas nak menceceh, mari kita layan pict yang sempat aku snap sebelum aku balik semenanjung.
Antara insan2 yg bertanggungjawab merealisasikan majlis farewell |
Cip Eve, Cik Hellen n Rekha |
Uja Belia dan Sukan Kapit |
Last time with Miss Helena, Encik Cani dan Encik Victor |
Last time with Albert |
Last time with Cip Evelyn |
Kakak saya yg gedik! Kak Suzie... |
Miss Helena..Jangan selalu nangga cita korea weh!!! |
Kakak saya yg gedik dari kiri Kak Ketty, dan Kak Suzie |
Kakak Pej Kemas dari kiri Kak Nor dan Kak Fafau |
Raymond SMK Balleh |
Me dan husband with En Victor, Puan Z dan En Cani |
Bos aku daaaa |
En Victor special request |
Sanggup tunggu |
Dema dan bawak aku g umah panjang ~ Kenali Rumah Panjang. Heheh..lawa kot!! |
Di rumah panjang |
with Kak Noor Penerangan |
Sengal masing2 |
with Ibuk Ambang Wira |
with Anthony PKB Kapit |
with my housemate |
Last day punch card~old skul..jgn kecam! |
last time with uncle coll |
Sehingga kita bersua lagi di lain waktu. Please keep in touch!
Terima kasih kerana semua yg lalu di blog saya yg tidak seberapa ini dan mendoakan saya cecepat tukar balik. Bila dah dapat tukar, punya gelabah dan teriak. Haru gak lagu tu. Apapun alhamdulillah, syukur!
Dengan itu, saya akhiri entry ini dengan serangkap pantun yg en Victor bg saya minggu lepas.
Jika ada sumur di ladang,
Bole saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
InshaaAllah kita pasti akan bersua lagi.
~Still cannot move on! Teringat Kapit tercinta!
Wow siti.....jangan lupa kami disini...with love -albert-
ReplyDeleteada pun orang Kapit komen kat sini.
Deletetakkan permah lupa korang.
Kenangan terindah di Kapit adalah kenali uols.