Assalamualaikum & selamat pagi...
Tanpa mukadimah,aku teruskn merepek pagi. Setelah berjalan 3 hari berturut turut,br hari ne aku rasa letih gila😜
Mission aku,Fizah & Azi adalah nak g Melaka. Ya Allah, Alhamdulillah sudah menjadi kenyataan pun.
Lebih manis, aku yg pada awalnya x thu lasung drive ne akhirnya jadi driver terhormat dema utk bawak dema sape Melaka. Eh,aku seberani itu rupanya!
Sempena Wesak day,aku,Fizah & Azi selamat mendarat di tanah Melaka pada jam lebih kurang 6.40 petang. Kuma bertolak dr Shah Alam pukul 4 lebih selepas azan Asar. Dan kuma tunaikn Solat Asar d rnr Seremban pada jam lebih kurang 5.30 ptg.
Mlm hari d Melaka,kuma x g mana² sbb Azi & Fizah dah letih. Dema punya flight dr Alosta delay selama 6 jam. Siang Wesak day tu aku & husband bawak dema g Jalan TAR iaitu sebelum perjalanan ke Melaka.
Mlm tu Wada si Tuan Rumah masak stimbot nak jamu kuma yg mari dari joh ne😄 . Sebenarnya itulah yg kuma idamkan~nak makan masakan Wada. Alhamdulillah tercapai jugak hasrat kuma ne.
Mari la tgk beberapa gamba yg dan aku snap serta gamba yg dema len share kat Whatsapp grup BFF
Berstimbot la kuma..meleleh a idong oii😄😆 |
Kuma & menyicah x dapat dipisahkan |
Kuma dah ready nak jalan² |
Destinasi pertama |
Alamak,x nampak plak rate harga tiket nak masuk situ. |
Azi kan suka sejarah. Siap shake hand dgn Alfonso d albukuk tu..kiki |
Azi kata dia x suka! Tu yg jeling tu |
Rehat sat sementara sat g nak kerabat A Famosa pulak |
X cukup tawaf dgn kaki,nek Cruise pulek! Over kan kuma. |
Kuma akhiri hari itu dengan gi makan di Mee Besen Original. X kempunan dah Wada sebab dapat makan mee besen yg berlambak itu. Harap x meleleh a lio dah deh.
Terakhir sebelum kuma memulakan perjalanan balik ke KLIA2 |
Kenangan😘😘 |
Duta cencalok🤗 |
Dah sampai KLIA2 |
See u again my true friends😘😘 |
Aku memulakan perjalanan balik ke Shah Alam sorg diri tapi malangnya aku tersalah jalan. Jauh jugak aku berpusing meredah kesesakan jalan sebelum selamat sampai rumah dah waktu Magrib. Hikmahnya, mungkin aku dapat menambahkan keberanian jika terjadi kejadian serupa d masa akan dtg.
Next destination will be Borneo kata dema. Bermula la tabung vacation ke Borneo pulek! Semoga ada rezeki kuma menjejak kaki di Kota Kinabalu..inshaaAllah
Aku akhiri entry dengan serangkap pantun
"Kalau ada sumur d ladang,
Bole kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yg panjang,
Pasti kita berjumpa lagi"
Sekian entry kali ini. Terima kasih uols yg singgah blog ni. Ini semua akan jd kenangan terindah apabila diselak suatu ketika nanti. Setiap kenangan mesti diabadikan bak kata Stacy Sumping.
Lots of love,
Siti Jamilah Bt Che Saad
Shah Alam
No comments:
Post a Comment