Tuesday, June 20, 2017

~Sindrom Othello~

Assalamualaikum dan salam tgh hari

Aku rasa terpanggil nak menaip mengenai sindrom Othello atau sindrom cemburu buta yang kritikal. Itu pun sebab semalam aku melayan drama Andainya Takdir lakonan Shukri Yahaya. Ya Rabbi, aku x bleh terima lakonan dia dalam drama ne. Sebab aku ni salah sorg follower Insta dia dgn wife dia serta anak dia si comel Aaira Ameena yang kenal dia melalui media sosial bahawa dia seorang yg sangat baik, gentle dgn isteri dan anak. Tiba2 watak dia dalam drama Andainya Takdir serius melawan arus dgn perangai sebenar dia. Otak aku x boleh nak cerna. Huhu...

Image result for andainya takdir

Image result for andainya takdir


Image result for andainya takdir
Image result for andainya takdir
Image result for andainya takdir

Image result for andainya takdir

Apa tu Sindrom Othello?

Sebenarnya itu satu penyakit mental yg mana melibatkan perasaan cemburu buta menguasai akal fikiran seseorang terhadap pasangannya. Org yg mengalami sindrom ini akan merasakan pasangan dia curang dgn dia dan tak setia dgn dia. Nama pun cemburu buta, opkos la bertindak tanpa usul periksa, apatah lg nak cari bukti bagai. Kajian mengatakan peratus org lelaki mengalami sindrom ini lebih tinggi daripada org perempuan.

Penderita sindrom Othello akan bertindak mengikut emosi cemburu. Sm je macam adegan2 dalam drama Andainya Takdir tu. Pukul, marah menjadi adat bila dia merasa insecured. Macam tu la yg kita nampak pada Fatihah dalam drama tersebut.

Macam mana kita nak tau orang tu ada sindrom Othello ke tidak?

Malangnya hingga lani tak ada siapa tau ciri2 seseorang yg mengalami sindrom tersebut melainkan kalau dah kenal rapat dengan org tu. Susah kan?

Apapun, sikap org yg mengalami sindrom ini ada disenaraikan :


  • Menuduh pasangannya curang tanpa bukti
  • Melarang keluar ke mana2 kecuali dia ada bersama
  • Selalu bertanya pasangan dgn soalan yg menandakan dia curiga
  • Cari bukti yg sememangnya tak ada
  • Spy pasangan
  • Komunikasi non stop 24/7
  • Hukum kalau pasangannya kantoi keluar dgn kwn2 lelaki atau keluar ke mana2 tanpa dia
  • Mengancam akan membunuh
Ya, sindrom Othello ni boleh membawa kepada membunuh pasangannya sendiri.

Cek balik perangai aku laki bini ;

Alhamdulillah tak dak la ciri2 mcm tu. Kalau marah sikit2 tu biasa la, cemburu sikit2 tu pun normal. Jgn sampai naik tgn kaki ke laki/bini pulek!

Orang yg mana ada ciri2 kontrol, jeles x bertempat, baran tiba2 tu mohon p Bahagian Psikiatri Hospital mintak ubat. Selain tu, ingatla pada Allah, zikir sokmo2, istighfar. Semoga kita semua dijauhkan dengan semua benda tak baik ni. InshaaAllah

Ok tu je! baiii


Siti Jamilah
JPM

No comments:

Post a Comment