Tuesday, July 31, 2012

~ D Kapit ~


Gambar di atas adalah roti canai goreng. Ha...makanan ni hanya terdapat di Kapit sahaja tau. Menurut org2 lama2 di Kapit la, aku bukannya tau sgt sejarah makanan ni. Tp sebelum neh mmg aku tak pernah tau ada roti canai goreng. 1st time aku order, terkedu aku tgk keadaan roti canai yg pada pendapat aku sudah tentu sepertinya roti canai yg biasa aku tengok dan makan. Huhu...rupanya lain sekali apa yg aku dapat. Berbeza!!! Mujur sedap...haha


Ini pulak makanan pembuka selera. Hahaha...aku ingatkan kerabu mempelam..rupanya org panggil Sambal Kedondong. Haha..buah kedondong pun boleh buat sambal. Kreatif betul. Kenapa aku tak terfikir nak masak makanan macam ni dulu ek? hahaha



Jauhnye jarak dari Sibu nak datang Kapit. 3 jam jugaklah. Jauh x jauh sgtlah kan.. Kebas jugak la duduk dalam bot ekspress yg sejuk di simbah penghawa dingin. Cewah!!!!! Penghawa dingin? Ayat aku memang tak boleh blah...hahaha..Aircond lah!




Hmmm...antara yg paling menarik utk di paparkan di bulan Ramadhan berhampiran dgn cuti2 nak menyambut Aidilfitri. Kek Lapis Sarawak pula terkenal of coz la d Sarawak. Dekat Kapit pun ada la sebab Kapit kan sebahagian daripada Negeri Sarawak Bumi Kenyalang neh. Sedap neh, boleh juga di buat juadah berbuka. Tapi suka di ingatkan bahawa Kek Lapis Sarawak sgt la manis,jd ambil la dlm kuantiti yg sikit jer la yer...

Sebut pasal Kek Lapis Sarawak, aku teringat jugak dkt sorg kakak d pejabat aku. Pandai neh buat Kek Lapis Sarawak. Kalo ada peluang, aku nak belaja juga buat Kek Lapis tu. Kalo dgr macam susah..Blum cuba blum tau!!


Cantik2 kain batik kat Kuching nun. Aku dpt tgk pun sebab memba dekat pjbt aku jd penjual kain batik sarawak. Banyak betul org berniaga di ofis aku neh. Apa pun selamat berjaya kpd mereka yg suka berniaga neh. Aku pula suka tgk jer.. Apa kes da?! Cuba la aku ni beli ke, dpt jugak membantu kwn2...haha

K la...cukup untuk kali ini..jumpa lg di lain waktu yer alls.  :)







Monday, July 30, 2012

~Ramadhan~




Ramadhan kali ini bagi diriku yg pertama kali di perantauan agak mencabar keimanan dan kekuatan mental. Di kelilingi oleh insan2 berlainan agama,dah rasa macam berpuasa di luar negara sahaja layaknya. Semoga sahaja diriku kuat seperti selalu menempuh dugaan dan godaan dunia...amin.



Ingin aku kongsikan di sini sesungguhnya Ramadhan di tempat aku sekarang tidaklah semeriah di tempat asal tanah tumpah darahku di Kuala Nerang nun. Namun ada nilainya yang tersendiri. Di sini ada pelbagai bangsa yg turut sama meraikan kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini. Dgn golongan Muslim yg sedikit bertambah dgn perantau mcm aku, adalah rasa sedikit kemeriahannya.

Tak ada maknanya seramai gambar hiasan di atas tu. Dgn keluasan Town Square yg minima, bolehlah memuatkan gerai2 yg tidaklah seberapa banyak macam di tempat2 lain. Apapun syukur la jugak sebab ada jugak Bazar walaupun aku tak pergi selalu.

Bazar Ramadhan kat sini di buka seawal pukul 12 tgh hari. Time aku balik kerja pukul 5 tu, semua makanan pun hampir kehabisan dah...Nasiblah badan..huk2



Jika di tanya tentang murtabak, memang tak ada di sini. Aku pernah jumpa ada juga seorang yg menjual murtabak. Harganya aku tak pasti. Dia seorang sj yg jual murtabak. Besar jugak murtabaknya..hehe


Jgn xtau, aku suka makanan ni. Umai. Dalam 9hari berpuasa kat sini,aku dah jumpa makanan ni kat bazar. Bukan setakat jumpa,aku dah beli dan makan pun. Rasanya? Hmm..Xtau nak cakap macam mana. Tp Alhamdulillah,tekak aku memang cekap dan aku boleh menikmati umai dgn seleranya.. Mungkin sesuai dgn selera aku jg kot. Kalau boleh, 1hari nanti aku nak jg belaja cara2 nak buat umai tu. Dgr mcm senang tp mn lah aku tahu. InsyaAllah kalau ada kesempatan aku akan pelajarinya jg.


                 

Nak cerita pasal ketupat nasi ni,aku teringat pasal memba aku sorang ni yg sm tempat keja dgn aku. Pandai giler buat ketupat tu. Kalah aku. Agaknya aku pun dah lupa cara nak buat ketupat nasi tu. Agak malu juga melihatkan kecekapan beliau menganyam riben untuk hiasan di pejabat aku...huk2

Atas permintaan beliau, aku masukkan namanya kat sini. Namanya Faiz. hahaha...
Itu yg buat aku rs segan tu,sebab dia lelaki dan pandai buat ketupat tu dan aku tak berapa pandai nak buat ketupat jenis tu. Sedang ketupat daun palas yg mudah tu pun aku dah rasa fail,inikan pula ketupat jenis tu yg memang terkenal di selatan tanah air tu. Malunyer sayer..hihi

                              

Kenapa gambar burger yg aku pilih?
Aku suka makan burger!! Antara makanan kegemaran dan pebret akulah. Tp burger kat sini of coz la tak sama dgn burger di Kuala Nerang yg "TERBAIK" tuh! Knp x sama? Sudah tentulah di pengaruhi oleh macam2 alasannya. Tp aku belasah jugak..Ada aku kisah? Hahaha..


                

Nasi Kerabu? Aku belum pernah jumpa kat sini. Pendek kata apa yg ada kat Kuala Nerang tu tak ada kat sini. Cemana tuh?
Nanti balik Kuala Nerang baru aku jumpa agaknya. Agaknya time tuh ada lg tak kakak tu yg jual nasi kerabu dalam bazar kat Kuala Nerang tu? Aku tertanya- tanya nih...
Nyesal tak ambik no telefon dia...huk2



Ikan Empurau. Pertama kali aku dgr ms 1st time aku dtg dulu. Sebelum2 neh,aku memang tak pernah tau pun ada ikan yg namanya macam ni. Tak pernah dgr tu 1 hal,sbb tu lah x pernah tau. Kalau ikan terubuk tu aku tau lah sebab ikan yg banyak tulang. Spesis Empurau ni aku x tau la mcm mana. So far, xpernah lagi merasa sebab org kata mahal. Xkan la aku nak beli semata- mata nak merasa je kan? Dan aku pun dapat jwpn kenapa ada replika ikan empurau emas di zon Empurau Sudut 5S kat ofis aku. Antara ikan termahal dan terkenal di sini.


                   


Wah!!!!!!
Sambal belacan!!!
Memanglah tekak aku rindu sgt nak makan benda alah ni.
Bukanlah aku x jumpa kat sini tp takut x menepati citarasa..cewah!!!
Ada beza ke? Bukan sama je ke rasanya? Pedas tu mesti asalkan jgn manis jer..
Haisy!!!! PUASA!!! Apa kes teringat makanan je ni?

Okey lah..cukup la utk kali ni.. Ni pun dah curi banyak masa ni...
Selamat Berpuasa alls...Semoga amalan kita di berkati

Rajin pulak aku entry bulan ni...hehehe
Doakan saya yer...tQ



Sunday, July 15, 2012

Pengalaman2 baru saya d Kapit,Sarawak :)

    Ini dekat Wharf Kapit...banyaknya bot express


Masa 1st time aku sampai sini, aku ternganga gak tgk org2 kat sini kuat2 belaka...Angkat motorsikal macam xda apa2 jerk..pulak tu angkat beg2 kami yg banyak biji tu sekali sj..fuh..Kagum!!!


                        Boss! Encik Soo Weng Kong dan Datuk Akauntan Negara

Huhu...ini bulan lepas punya cerita..masa Datuk Akauntan Negara buat lawatan ke JANM cawangan Kapit...terharu aku sebab dpt jumpa dgn beliau....

         Antara org2 penting

Inilah depan pejabat aku..kecik dan comel aje saiz pejabat aku..belum tengok lagi tangga yg aku guna untuk ke tingkat 2...lagi comel....Yg tengah2 tu Datuk Akauntan Negara,sebelah dia pulak Datuk Timbalan Akauntan Negara Korporat ataupun TAN K..ha...macam tu lah lebih kurang..


              Barisan Staf JANM Cawangan Kapit bersama tetamu2 kehormat yg dtg dr jauh....hihi:)

Belakang dr kiri : Tawi,En.Maison,Faiz,Pengarah AG Sibu,En Canisius,Zainal,Rahim,Ray,En.Collin,Albert,Runy, En.Bunsu,En.Geraldson,Danny dan En Azmi(PA d PTJ).
Barisan tengah dr kiri : K.Ji,Linda,Suzy,Donna,PA Datuk Akauntan Negara,Alice,Pn.Zakiah,K.Ketty,K.Connie, Stacy,K. Pau dan aku...
Barisan depan dr kiri : En. Che Pee, Datuk TAN K, Datuk Akauntan Negara,Boss dan Tuan Haji Azmi( BPOPP)



  Sempat lg Kak Connie berposing time ni~ Lepas selamat tetamu kehormat masuk bot ekspress...hihi



Haiyo...banyak mood nak letak gamba pulak hari ni..hrp korang yg tersesat ke laman blog hamba bersabar yer dgn perangai hamba yg entah betul ke tidak pun xberapa pasti ni....




 
                      Pemandangan dr atas.....

 
              Sebahagian kerja di Unit Gaji...Bulan Julai 2012


SG20 d atas yg aku kerjakan pd bulan Julai 2012...xda la banyak sangat tu...yg bulan Jun lagi banyak dari ni..sebenarnya kan ada banyak lagi perkara yg aku belum belaja d unit gaji...


Okey...cukup dulu utk hari ni...lain masa akan aku cerita lagi d sini...banyak lagi masa aku berada di Sarawak atau secara spesifiknya berada d daerah Kapit yg sentosa ini..kui kui kui....

PeAcE No WaR!!!!!!!! :)