Ramadhan kali ini bagi diriku yg pertama kali di perantauan agak mencabar keimanan dan kekuatan mental. Di kelilingi oleh insan2 berlainan agama,dah rasa macam berpuasa di luar negara sahaja layaknya. Semoga sahaja diriku kuat seperti selalu menempuh dugaan dan godaan dunia...amin.
Ingin aku kongsikan di sini sesungguhnya Ramadhan di tempat aku sekarang tidaklah semeriah di tempat asal tanah tumpah darahku di Kuala Nerang nun. Namun ada nilainya yang tersendiri. Di sini ada pelbagai bangsa yg turut sama meraikan kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini. Dgn golongan Muslim yg sedikit bertambah dgn perantau mcm aku, adalah rasa sedikit kemeriahannya.
Tak ada maknanya seramai gambar hiasan di atas tu. Dgn keluasan Town Square yg minima, bolehlah memuatkan gerai2 yg tidaklah seberapa banyak macam di tempat2 lain. Apapun syukur la jugak sebab ada jugak Bazar walaupun aku tak pergi selalu.
Bazar Ramadhan kat sini di buka seawal pukul 12 tgh hari. Time aku balik kerja pukul 5 tu, semua makanan pun hampir kehabisan dah...Nasiblah badan..huk2
Jika di tanya tentang murtabak, memang tak ada di sini. Aku pernah jumpa ada juga seorang yg menjual murtabak. Harganya aku tak pasti. Dia seorang sj yg jual murtabak. Besar jugak murtabaknya..hehe
Jgn xtau, aku suka makanan ni. Umai. Dalam 9hari berpuasa kat sini,aku dah jumpa makanan ni kat bazar. Bukan setakat jumpa,aku dah beli dan makan pun. Rasanya? Hmm..Xtau nak cakap macam mana. Tp Alhamdulillah,tekak aku memang cekap dan aku boleh menikmati umai dgn seleranya.. Mungkin sesuai dgn selera aku jg kot. Kalau boleh, 1hari nanti aku nak jg belaja cara2 nak buat umai tu. Dgr mcm senang tp mn lah aku tahu. InsyaAllah kalau ada kesempatan aku akan pelajarinya jg.
Nak cerita pasal ketupat nasi ni,aku teringat pasal memba aku sorang ni yg sm tempat keja dgn aku. Pandai giler buat ketupat tu. Kalah aku. Agaknya aku pun dah lupa cara nak buat ketupat nasi tu. Agak malu juga melihatkan kecekapan beliau menganyam riben untuk hiasan di pejabat aku...huk2
Atas permintaan beliau, aku masukkan namanya kat sini. Namanya Faiz. hahaha...
Itu yg buat aku rs segan tu,sebab dia lelaki dan pandai buat ketupat tu dan aku tak berapa pandai nak buat ketupat jenis tu. Sedang ketupat daun palas yg mudah tu pun aku dah rasa fail,inikan pula ketupat jenis tu yg memang terkenal di selatan tanah air tu. Malunyer sayer..hihi
Kenapa gambar burger yg aku pilih?
Aku suka makan burger!! Antara makanan kegemaran dan pebret akulah. Tp burger kat sini of coz la tak sama dgn burger di Kuala Nerang yg "TERBAIK" tuh! Knp x sama? Sudah tentulah di pengaruhi oleh macam2 alasannya. Tp aku belasah jugak..Ada aku kisah? Hahaha..
Nasi Kerabu? Aku belum pernah jumpa kat sini. Pendek kata apa yg ada kat Kuala Nerang tu tak ada kat sini. Cemana tuh?
Nanti balik Kuala Nerang baru aku jumpa agaknya. Agaknya time tuh ada lg tak kakak tu yg jual nasi kerabu dalam bazar kat Kuala Nerang tu? Aku tertanya- tanya nih...
Nyesal tak ambik no telefon dia...huk2
Ikan Empurau. Pertama kali aku dgr ms 1st time aku dtg dulu. Sebelum2 neh,aku memang tak pernah tau pun ada ikan yg namanya macam ni. Tak pernah dgr tu 1 hal,sbb tu lah x pernah tau. Kalau ikan terubuk tu aku tau lah sebab ikan yg banyak tulang. Spesis Empurau ni aku x tau la mcm mana. So far, xpernah lagi merasa sebab org kata mahal. Xkan la aku nak beli semata- mata nak merasa je kan? Dan aku pun dapat jwpn kenapa ada replika ikan empurau emas di zon Empurau Sudut 5S kat ofis aku. Antara ikan termahal dan terkenal di sini.
Wah!!!!!!
Sambal belacan!!!
Memanglah tekak aku rindu sgt nak makan benda alah ni.
Bukanlah aku x jumpa kat sini tp takut x menepati citarasa..cewah!!!
Ada beza ke? Bukan sama je ke rasanya? Pedas tu mesti asalkan jgn manis jer..
Haisy!!!! PUASA!!! Apa kes teringat makanan je ni?
Okey lah..cukup la utk kali ni.. Ni pun dah curi banyak masa ni...
Selamat Berpuasa alls...Semoga amalan kita di berkati
Rajin pulak aku entry bulan ni...hehehe
Doakan saya yer...tQ
No comments:
Post a Comment