Friday, June 21, 2013

~SeLamAt JaLan BOSS~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia
..
Tahniah untuk Incik Boss a.k.a Encik Soo Weng Kong yang dapat surat pertukaran berkuatkuasa 1 Julai 2013 setelah genap 3tahun 6 bulan berkhidmat sebagai Pengarah Cawangan di JANM Cawangan Kapit.
Dalam Mesyuarat terakhir bersama kami(Staf2 JANM Kapit),beliau menyatakan betapa beliau sikit pun tidak menyesal dengan keputusan yang di buatnya dulu malah dia enjoy sangat ketika berada di Kapit. Jelaslah bahawa Kapit bukanlah destinasi yang terlalu teruk untuk di terokai. Boss dah buktikan pun.
Sepanjang Boss berkhidmat d Kapit,terlalu banyak perubahan yang di lakukan Boss. Transformasi yang positif. Dan aku secara tak langsung turut sama berbangga dengan pencapaian Boss dalam membentuk 1Malaysia antara kami semua.

Esok,hari Sabtu akan ada konvoi besar besaran menghantar Boss ke Wharf Kapit seawal jam 7pagi.
Awal kan?? Haha..aku nak ikut x? Tapi malasnya nak bangun pagi2..hohoho.. Tapi demi Boss,akan aku turut serta. Hahaha...


Sayu pulak bila tiba time to say good bye ni...Tacink tetiba...huhu

Apapun aku berterima kasih kepada Boss sebab kasi aku peluang belajar d unit gaji dan pindahkan aku ke unit akaun pula. Jasamu kukenang Boss.

Dia sudah..saya bila lagi???
Nampak gaya aku kena duduk lama lagi pa di Kapit nan sentosa ni??
Semoga ada rezeki aku dapat pindah p semenanjung pulak next year..InshaaAllah



Novel lagi.....

Sekarang aku sedang dalam proses membaca novel ni selepas khatam novel SSID. Seminggu beb aku nak habiskan novel SSID yang tebal gabak tu..hahaha
Novel ni pun ala-ala SSID jugak. Tapi melibatkan org kaya kna kawen dengan Penjual Beger. Habis la Penjual Beger tu kna perli kena hina dek wife yang kerja sebagai CEO itu.
Tapi sekejap saja sebab perempuan kan umpama keras kerak nasi ja. Lama rendam dalam air maka lembutlah dia. Itulah kisahnya novel yang aku tengah baca ni. Ada yang lucu ada yang sedih. Okey lah pendek kata novel ni.. Jangan marah ha....kui3!!!!!

Sekian untuk kali ini......

Friday, June 14, 2013

~LaGi2 NoVeL...!!~


Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia...

Sejak dulu, aku memang suka membaca. Tak kira la apa jua jenis bahan bacaan.
Tetapi sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, aku sangat suka membaca novel Melayu yang di tulis oleh penulis tempatan. Aku pun tak paham kenapa jadi gini. Yang jelas, aku sangat suka.

Kalau setakat membaca tak la menjadi masalah. Yang menjadi masalah apabila hobi dan minat aku ini memaksa aku membeli novel2 yang aku teringin. Menjadi masalah juga apabila di Kapit pula tak ada kedai buku yang ada jual novel yang aku kehendaki.

Makanya, aku pun mulalah berjinak- jinak dengan pembelian novel secara online. Aku rasa jakun sekejap. Hahaha...Apa pun secara online ye sekarang?? Udah maju ko siti?? Kih kih kih...

Sebenarnya Saya Isteri Dia

Buku yang aku baru beli walaupun keluarannya tahun lalu. Opkos la secara online. Cerita yang sekarang ni menjadi fenomena di TV3 setiap Jumaat jam 9 malam ini turut sama menjebakkan aku ke dalam dunia pembacaan. Aku bukan apa yang beli ni. Geram dengan TV3 kat umah aku tu. Asal nak tengok TV3 ja mesti tersekat sekat. Stress aku yang tengok.

Ni pun dalam List ni...hua3!!!

Seterusnya novel ini yang turut sama di dramakan. Jalan cerita dalam drama ini bikin aku stress dan sakit hati dengan barisan pelakon yang mantap. Tetapi aku masih juga ingin memiliki novel ini. Nantilah aku beli.
Sekarang menjadi fenomena betul dengan drama adaptasi novel sehinggakan aku pun naik sasau. Rasanya bukan aku sorang saja kot yang emosi bila tengok cerita teduhan kasih di TV3 setiap isnin-Khamis jam 7mlm ni kot. Mesti penggemar2 drama tempatan pun sama emosional bila tengok drama ni. hahahaha...

Sudahlah entry kali ni. Selamat bekerja. :)





Tuesday, June 11, 2013

~PeNanTiaN & AkaUn~

Tajuk pun Penantian...
Penantian untuk apa??
Opkos la penantian nak balik kampung...
Bulan ni genap la 8 bulan tak balik kampung..
Rindu tu jangan cakap la... Tersangat okeh!!
Maklum la tak pernah berjauhan dengan family sebelum ni kan...

Balik nati....
Dan agak lama jugak x update blog yang serba kekurangan seperti tuan empunya blog ni juga
hehehe....


Kami di JANM Cawangan Kapit
Setahun di Jabatan Akauntan Negara Cawangan Kapit membawa aku kepada 2 pengalaman.
Belum pun setahun aku belaja selok belok pasal gaji kakitangan awam yang di selenggara oleh unit gaji, aku di tukarkan pula ke unit akaun. Unit akaun pada pandangan aku agak menyakitkan sebab berkemungkinan aku tak berapa suka dengan akaun. Tapi sebab aku sudah di tukar ke unit akaun secara rasmi siap ada hitam putih lagi, aku kena belaja juga walaupun aku macam blur dengan apa yang aku sedang belaja. Hanya certain2 part yang aku benar2 boleh buat dengan yakin dan banyak part lain yang aku rasa tiada keyakinan langsung untuk buat.

Akaun oh Akaun!!!!!
Aku nak mintak nyawa sangat pasal akaun nih...hua3!!!
Mujur jugak la ada si Pais tu yang banyak mengaja walaupun banyak jugak main2..
Kadang2 aku rasa macam xkerja pun ada jugak.
Kadang datang harinya rasa 8 jam tu x cukup pulak.
Pendek kata ada yang menarik untuk di nikmati dan ada yang kurang menarik.
Aku memang blur la...Haih!!!

Dan dalam kedua dua unit ini,aku lebih suka dengan unit gaji. Walaupun kadang2 tu kes agak seram untuk di fikirkan tapi yang penting enjoy!!!

Duduk di unit akaun pulak aku di dedahkan dengan macam2 laporan elektronik yang patut aku tahu. Barulah aku tahu betapa susahnya jika imbangan duga tiap2 hari x imbang. Barulah tahu betapa susahnya selalu di desak utk mencetak pelbagai jenis laporan setiap bulan. Belum termasuk mencetak cek untuk unit gaji yang berlambak tu. Tercabar beb!!! Dulu di unit gaji senang2 jer suruh org unit akaun cepat2 cetak cek sebab nak cepat pos. Sekarang padan muka aku sebab akulah yang di desak mereka yang di unit gaji tu mencetak cek. Hahaha...Bunyi macam balas dendam saja kan??

Tapi aku hargai sangat peluang yang aku dapat ni. Aku sedar yang tak semua orang boleh dapat peluang seperti aku. Walaupun aku tak minta nak masuk ke unit akaun tapi aku kena ingat yang aku telah rela hati nak masuk ke unit akaun yang bagi aku penuh dengan pancaroba ini. Dan aku wajib kuatkan semangat supaya aku mampu menimba ilmu sebanyak mungkin.

Aku sebenarnya tak sabar2 nak balik beraya bulan 8 nanti.
Hahaha...lagi dua bulan tu..aku sebenarnya sudah bersiap sedia.
Awal2 tahun lagi aku dah minta cuti daripada Boss dan Boss pun dah luluskan.
X nak la jadi macam tahun lepas..
Last minit baru Boss luluskan. Resah hati aku menanti kelulusan tersebut.
X nak ulang lagi..Sejarah tak mungkin berulang...hua3!!!

Okeh la...aku nak pulang ke pangkal jalan dah ni..
Jumpa lagi uols...haha