Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia...
Sejak dulu, aku memang suka membaca. Tak kira la apa jua jenis bahan bacaan.
Tetapi sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, aku sangat suka membaca novel Melayu yang di tulis oleh penulis tempatan. Aku pun tak paham kenapa jadi gini. Yang jelas, aku sangat suka.
Kalau setakat membaca tak la menjadi masalah. Yang menjadi masalah apabila hobi dan minat aku ini memaksa aku membeli novel2 yang aku teringin. Menjadi masalah juga apabila di Kapit pula tak ada kedai buku yang ada jual novel yang aku kehendaki.
Makanya, aku pun mulalah berjinak- jinak dengan pembelian novel secara online. Aku rasa jakun sekejap. Hahaha...Apa pun secara online ye sekarang?? Udah maju ko siti?? Kih kih kih...
Sebenarnya Saya Isteri Dia Buku yang aku baru beli walaupun keluarannya tahun lalu. Opkos la secara online. Cerita yang sekarang ni menjadi fenomena di TV3 setiap Jumaat jam 9 malam ini turut sama menjebakkan aku ke dalam dunia pembacaan. Aku bukan apa yang beli ni. Geram dengan TV3 kat umah aku tu. Asal nak tengok TV3 ja mesti tersekat sekat. Stress aku yang tengok. |
Ni pun dalam List ni...hua3!!! Seterusnya novel ini yang turut sama di dramakan. Jalan cerita dalam drama ini bikin aku stress dan sakit hati dengan barisan pelakon yang mantap. Tetapi aku masih juga ingin memiliki novel ini. Nantilah aku beli. Sekarang menjadi fenomena betul dengan drama adaptasi novel sehinggakan aku pun naik sasau. Rasanya bukan aku sorang saja kot yang emosi bila tengok cerita teduhan kasih di TV3 setiap isnin-Khamis jam 7mlm ni kot. Mesti penggemar2 drama tempatan pun sama emosional bila tengok drama ni. hahahaha... Sudahlah entry kali ni. Selamat bekerja. :) |
No comments:
Post a Comment