Tuesday, June 11, 2013

~PeNanTiaN & AkaUn~

Tajuk pun Penantian...
Penantian untuk apa??
Opkos la penantian nak balik kampung...
Bulan ni genap la 8 bulan tak balik kampung..
Rindu tu jangan cakap la... Tersangat okeh!!
Maklum la tak pernah berjauhan dengan family sebelum ni kan...

Balik nati....
Dan agak lama jugak x update blog yang serba kekurangan seperti tuan empunya blog ni juga
hehehe....


Kami di JANM Cawangan Kapit
Setahun di Jabatan Akauntan Negara Cawangan Kapit membawa aku kepada 2 pengalaman.
Belum pun setahun aku belaja selok belok pasal gaji kakitangan awam yang di selenggara oleh unit gaji, aku di tukarkan pula ke unit akaun. Unit akaun pada pandangan aku agak menyakitkan sebab berkemungkinan aku tak berapa suka dengan akaun. Tapi sebab aku sudah di tukar ke unit akaun secara rasmi siap ada hitam putih lagi, aku kena belaja juga walaupun aku macam blur dengan apa yang aku sedang belaja. Hanya certain2 part yang aku benar2 boleh buat dengan yakin dan banyak part lain yang aku rasa tiada keyakinan langsung untuk buat.

Akaun oh Akaun!!!!!
Aku nak mintak nyawa sangat pasal akaun nih...hua3!!!
Mujur jugak la ada si Pais tu yang banyak mengaja walaupun banyak jugak main2..
Kadang2 aku rasa macam xkerja pun ada jugak.
Kadang datang harinya rasa 8 jam tu x cukup pulak.
Pendek kata ada yang menarik untuk di nikmati dan ada yang kurang menarik.
Aku memang blur la...Haih!!!

Dan dalam kedua dua unit ini,aku lebih suka dengan unit gaji. Walaupun kadang2 tu kes agak seram untuk di fikirkan tapi yang penting enjoy!!!

Duduk di unit akaun pulak aku di dedahkan dengan macam2 laporan elektronik yang patut aku tahu. Barulah aku tahu betapa susahnya jika imbangan duga tiap2 hari x imbang. Barulah tahu betapa susahnya selalu di desak utk mencetak pelbagai jenis laporan setiap bulan. Belum termasuk mencetak cek untuk unit gaji yang berlambak tu. Tercabar beb!!! Dulu di unit gaji senang2 jer suruh org unit akaun cepat2 cetak cek sebab nak cepat pos. Sekarang padan muka aku sebab akulah yang di desak mereka yang di unit gaji tu mencetak cek. Hahaha...Bunyi macam balas dendam saja kan??

Tapi aku hargai sangat peluang yang aku dapat ni. Aku sedar yang tak semua orang boleh dapat peluang seperti aku. Walaupun aku tak minta nak masuk ke unit akaun tapi aku kena ingat yang aku telah rela hati nak masuk ke unit akaun yang bagi aku penuh dengan pancaroba ini. Dan aku wajib kuatkan semangat supaya aku mampu menimba ilmu sebanyak mungkin.

Aku sebenarnya tak sabar2 nak balik beraya bulan 8 nanti.
Hahaha...lagi dua bulan tu..aku sebenarnya sudah bersiap sedia.
Awal2 tahun lagi aku dah minta cuti daripada Boss dan Boss pun dah luluskan.
X nak la jadi macam tahun lepas..
Last minit baru Boss luluskan. Resah hati aku menanti kelulusan tersebut.
X nak ulang lagi..Sejarah tak mungkin berulang...hua3!!!

Okeh la...aku nak pulang ke pangkal jalan dah ni..
Jumpa lagi uols...haha

No comments:

Post a Comment