Monday, February 2, 2015

~Review All About Kapit,Sarawak~

Assalamualaikum...Happy Monday Blues!!

Aku nak cerita ni bukan sebab aku dapat kerja di Kapit. Tapi aku nak betulkan tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa Kapit ni satu kawasan yang mundur. Oh, aku tak dapat terima kenyataan seumpama itu!

Dulu,ada kawan2 aku tanya sm ada aku p kerja kena naik bot ka? Kalau nak tau, aku p keja jalan kaki je. Dekat dan jimat! Aku x faham kenapa depa duk kata p keja kena nek bot atau sampan. Padahal aku bahagia ja p keja jalan kaki. Hehehe

Peta Kapit

Bot Express
Wisma Persekutuan kapit
Aku memang tak nafikan Kapit adalah kawasan pedalaman. Tapi bukan kawasan yang mundur. Mundur dari segi apa? Di Kapit ada semuanya. Yang tak ada tu hanyalah shopping complex,pawagam,McD,Pizzahut. Huh, very tak penting!

Pekan Kapit
Di pekan Kapit, ada talian telefon,ada talian internet. Jadi aku tak setuju bagi sesiapa yg sesedap mulut tak merasa duk kata Kapit ni mundur. Hanya sebab nak sampai ke Kapit ambik masa 3jam dari Sibu dengan menaiki bot express,depa kata Kapit tu mundur. Eh, mai la duduk sini dulu! Rasa apa yang sepatutnya orang2 sini rasa. Don't simply jump to conclusion!

Selepas batch aku datang Kapit,pelbagai berita kecemasan pula muncul di TV. Terutamanya pasal bot ekpres terbalik dan ada penumpang terkorban di laluan ke Belaga. Mungkin sebab tu, bila ada org yg ditugaskan di Kapit, ada yang tolak tawaran tu dgn pelbagai alasan. Betul kita tak boleh paksa orang datang tapi kejam lah kan bila tolak tawaran sedangkan ada ramai lg orang mintak kerja. Agak2 la! Kalau tak bersedia di hantar ke tempat2 mcm Kapit, aku syorkan masa interview dgn SPA,jgn duk bagi harapan palsu kat org yg interview tu.

Market Teresang
Di Kapit,pemandu2 kereta dan penunggang motosikal respek dgn pejalan kaki. Di Kapit x ada traffic light na. Tp bila pejalan kaki macam aku melintas jalan even bukan di Zebra Crossing,kereta semua berenti suruh pejalan kaki lintas jalan dulu. Kalau kat semenanjung,ada ke macam tu? Tunggu traffic light la kan??? Kemanusiaan yg hilang!

Masjid Jabbal An Nur
Patut tanya apa yg ada di Kapit tp x ada di tempat lain. Ketenangan dan keamanan. Serius,aku berani keluar jalan2 sorang2 je di Kapit. Tak risau nak kena ragut ke apa. Pencemaran x ada.

Aku geram kat sapa yg duk kata Kapit ni mundur. Buka la mata, di Kapit pun akan ada 4G tak lama lagi. Jalan darat pun sedang dalam pembinaan. Jangan nak buat alasan kalau diri tak berani nak terima cabaran. Hidup ni x manis la kalau tak ada cabaran. Berani lah sikit! Terutama yg lelaki tu. Malu la sikit kat kami yg perempuan ni.

~Meh la ke kapit....~

No comments:

Post a Comment