Friday, January 30, 2015

~Oh My Honor 6~

Assalamualaikum....Selamat petang wehhh

Hari ni nak gumbirakan hati ceq yg kecewa semalam. Mari kita cerita pasal henpon baru Honor 6 keluaran Huawei yg gojes tuh.

Aku tau la hangpa semua punya henpon canggih manggih..Samsung la,aifon la apa2 saja la yg mahal2 belaka nun. Aku ni kategori kurang berkemampuan. So tgk bole la ye. Nak beli yg jenama canggih manggih camtu,kirim salam sikit la. Berkira aku bab ni.. hahaha

Ehsan dr Incik Google

Daripada aku google2 pasal Honor 6 ni, aku memang jatuh chenta teruih. Sebab pa?? Ha..dia punya spec memang sangat terbaik.  Cuma tang rega tu x dapat la nak melawan jenama2 canggih yang lain. Even spec dia meletup meletap tu, rega Honor 6 ni memang mampu milik. Harga di Malaysia RM999. Tp kena beli melalui online VMall. Tak dak dijual di kedai2 naa.. Kalau ada pun,rega dah len dah. Dgn rega tu,bleh la dapat henpon sj n charger serta waranty card. X dak Casing2 atau Screen protector atau tempered glass na. Kalo nak kna beli len pulak. Pendek kata seribu lebih jugak la. X kan nak pakai togel camtu. Sayang ooooiii..kalau aku laaaa

Spec Honor 6 yg buat aku gila sekejap!!!

So,aku ni kiranya berakal la sikit. Aku join grup pengguna Honor di Pesbuk. Walaupun aku x guna Honor 6 lg ms tu,Tp sebab aku gilakan Honor 6,maka aku nak tau pasal Honor 6 ni. Masalah ka dak bila guna, haaa gitu. Sambil2 tgk la kalau2 ada geng2 yg nak juai Honor 6 depa dgn rega murah sikit. Sebab pa? Sebab kebanyakan depa di grup tu org2 yg buka kedai henpon. So boleh la jeling menjeling iklan2 nya. Best siotttt

Finally, pd 15 Disember 2014,aku pun jumpa la orang yg nak jual Honor 6 kat aku dgn rega RM950. RM950 tu termasuk Casing Iphone 6 look alike,tempered glass SP dgn memory card. Haaa..kira untung la kan. Lagipun org tu br pakai 3minggu,xdak calar pun. then deal!!!

Seminggu jugaklah Honor 6 nak sampai kat aku di Kapit ni. Sebab apa lambat?? Time aku beli tu time Kelantan tengah mengalami banjir besaq. Tu jd lambat sikit kot. Dan alangkah keciwanya bila aku dpt Honor 6 tu, x dak pun Casing iphone 6 look alike n tempered glass tu. Aku pun teruih PM kawan tu. Rupanya kedai depa tenggelam la. Banjir derrrr.. Tapi memory kad yg 32gb tu memang dapat la. Hihi..tu yg penting tu.

Tak palah pasal tu. Aku malas nak cakap byk sbb aku faham keadaan depa yg mengalami banjir besaq time tu. Lalu aku pun buat keputusan beli sendiri ja kat Lelong ja. Kehkeh. Sementara nak tunggu Casing murah aku beli tu, aku peram la dulu Honor 6 tu.

Casing Honor 6
Seminggu lepas tu, baru sampai Casing yg rega RM12 tu kat aku. Aku tak pakai Casing mahal2 ni. Aku x minat nak perabis duit beli Casing mahal2. Asalkan bole protect Honor 6 punya belakang sudahla. Aku beli Casing dan dapat Sreen Protector free. Termasuk pos harga Casing dengan SP ni Rm22.50. Jd jumlah sebenar Honor 6 aku x la sampai RM999. kehkehkeh.. Lagipun aku x pakai henpon secara kasar. Lemah lembut okeh sebab aku syg harta benda aku. Hahaha..

Yang sebenarnya aku masih berharap la org yg jual Honor 6 kat aku tu dapat poskan Casing Iphone Look Alike yg kaler Gold tu kat aku. Kehkeh..Sebab dia dah janji kan. Kalau dia tak janji, aku x la berharap. Tapi kalau dia lupa pun tak apalah. Aku x kisah sangat dah walaupun ada berharap. Bole macam tu??

Honor 6 ni kiranya aku hadiahkan kat diri aku sendiri sempena Birthday aku tahun 2015. Gila advance kan. Haha..Tahun lepas aku hadiahkan diri sendiri Iphone 4 Refurbish sempena birthday tahun lepas lewat 3 bulan. Tapi harga x dak la ribu riban. Semestinya rega kurang dr Rm1000 punya. Dasar berkira punya org!! Haha.. Tapi bab ni je aku berkira tau, bab lain macam bab makan aku ni jenis x berkira. Tak caya, p tanya adik2 aku...kekekeke

Sekarang ni sebulan baru aku guna Honor 6 ni. Disebabkan aku bukan jenis yg ikut perkembangan teknologi,Honor 6 hanya digunakan ringan2 je. main games pun x teruk2 punya. Paling penting,tak dak la kata nak heng ka gena. Smooth ja. Tu yg aku suka tu. Aku pun bukan Pencinta Donlod2 ni. Depa2 yg kat grup tu kata men games syok, xsangkut, tarik Wifi kuat dan byk lg la feedback positif2 punya.

Lani semua Honorians duk tunggu launching EMUI 3.0. Aku pun x tau apa dia tu. Tp nati kalau dah bole hapdet d Malaysia,aku pun nak hapdet la. Hehehe..Lani Honor 6 2simkad ja yg bole hapdet,yg 1simkad mcm aku ni kena tunggu sat. Setakat ni, aku berjaya ubah font kat setting dia. Tp kan yg x bestnya bila kita shut down,setting font dia kembali kepada asal. x pasal2 kena setting lg sekali. Tu x best sikit la. Tp so far, aku happy!! Rasanya ni hadiah termahal utk diri sendiri setakat ni.

Dulu ms x kija a.k.a ms aku tanam anggur d kampung,hadiah besday aku novel je tau. Tu pun aku dah gumbira sangat2 dah. Tu baru Novel yg aku beli beberapa buah sempena besday, rega x dak la sampai 2 3 ratus. Sekarang, hamboiii bukan main lg hadiah nya. Harap2 aku x lupa sedekah jariah juga la kan....Insap!!

Sekianlah utk Honor 6 sy..I love My honor 6!!

~Still In Kapit Nan Sentosa~

Wednesday, January 28, 2015

~Kut/Hui online~

Assalamualaikum..Gud morning

Mood hr ni x berapa baik. Sebab gara2 turn hui/kut aku x dibayar lg smp sekarang ni. Aku bg ms sampai dekat sebulan tp tak ada pun tanda2 depa nak bayaq. Ni yg buat aku nak marah ni. Aku dah nak pakai duit nak buat kenduri, nak renovate rumah, nak beli perabot lg. Eh, sakit pulak hati aku!!!

Meh la aku cerita sikit pasal hui/kut online kawan aku punya kawan yg jd admin nie. Aku percaya sebab Stacy kawan aku ni berkawan baik dgn admin tersebut. Takkanlah Stacy nak naya aku kan. Aku tau admin tu pun bkn berniat nak naya aku. Cuma kawan2 admin tu yg tak bertanggungjawab.

Alkisahnya aku join hui/kut ni lps raya tahun lps (2014). Nak cukupkan orang yg hanya 6 orang tu. Maka aku dgn baik hatinya booking la no last sekali iaitu no 6 yg mana tarikh sepatutnya aku dpt duit tu adalah pd 10.01.2015. Seorang byr RM200 tp bila smp turn x payah la byr kan. Which mean nanti akan dpt RM1000 sahaja.

Aku ni sgt punctual dan tak suka melengah lengahkan bayaran sbb aku rs bersalah kalau2 org tu nak pakai duit ke apa. Bajet macam aku yg duduk kat tempat diorg tu la kononnya. Semua turn aku bayar ontime. Tak pernah terlewat dari tarikh yg sepatutnya tu. Ada sekali tu lebih awal dr tarikh sepatutnya aku bayar.

Sedihnya bila turn aku, ada pulak yg buat perangai tak bayar2 sampai sekarang. Bila aku tanya Puan Admin tu, dia pun senyap ja x balas mesej ke apa. Bila si Stacy tanya pun dia x jawab apa2. Kamuorang rasa apa yg aku patut buat?? Sakit ati aku ni jgn cakap la..tahap gorilla mau makan orang dah ni.

Lps ni aku memang takkan main lg dah hui/kut secara online ni. Menyakitkan hati je. Teringat zaman arwah pak n arwah mak aku men kut di kampung dulu. Setiap kali turn memang tak pernah jd masalah pun. Baiknya org2 kg aku kan. Macam tu br orang hormat dan percaya.

Aku tak salahkan Admin tu. Sesekali tak salahkan Stacy. Cuma benda ni adalah tanggungjawab setiap orang yg main hui/kut ni. Sedar tanggungjawab masing2. Tau x bila xbayar hui/kut org yg berkenaan sedangkan org berkenaan dah byr ms turn dia,secara tak langsung dia yg tak byr ms turn org berkenaan tu dah makan duit org berkenaan tu. Dlm Islam, duit tu dah jd duit haram dah. Kalau bukan Islam, aku tak taulah duit tu jd haram ke x.

Jd Admin pun kna ada peranan juga. Sebenarnya peranan Admin hui/kut ni berat tau. Rules kena ikut betul2 dan kena tegas. Setiap turn mesti kena pegang duit yg dikumpul tu. Then bila sampai turn org2 berkenaan, Admin tu yg bayarkan. Masalah yg aku hadapi sekarang ni jd sebab Admin x ambik tau pasal ni. Percaya yg anak2 buah dia bayar pd org2 yg ikut turn tu tp sebenarnya anak2 buah dia x bayar pun. Dan aku ni adalah Mangsa!!! Kalau aku tau, aku pun nak buat lambat bayar juga, br padan muka org tu. Aku consider sbb ms tu diorg nak raya krismas. Ikut hati aku, mau aku repot polis ni.

Kalau setakat 3 4 kupang tak adalah aku kisah sgt. Ni dah bole selesaikan satu kenduri arwah kot. Macam mana aku nak halalkan amaun sejumlah tu? Ni kalau kakak abang aku tau ni harus kena marah aku ni. Hadoiii... Stressss!!!

Aku tau kwn2 aku ramai yg main kut/hui secara online ni. Baik korang berhati- hati. Cadangan aku la yg rasa jd mangsa ni kan, nak main hui/kut ni kena kenal ahli2. Admin bagus pun tak guna la kalau ahli2 macam haprak! Serius!! Aku percaya kat Stacy, sebab Admin yg handle hui/kut aku join tu kawan Stacy. Cuma kwn2 si Admin tu lah yg buat aku rs nak marah ni. Dah la tak dapat aku nak hubungi atau contact. Eh, nak aje aku bom kan budak ber2 tu lah!!! Tak bertanggungjawab langsung!!

Yg jd Admin tu pun. Kalau boleh tolong...tolong la layan/balas whatsapp/telegram/messenger tu dik oiii..Jd la Admin yg bertanggungjawab. Jgn bt x tau je. Aku kalau nak bt jahat, boleh je Shout out kat grup hui/kut tu. Tapi aku kesian kat Admin tu. Memang bukan salah Admin tu. Tapi cara dia yg mendiamkan diri tu x menyelesaikan masalah. Atleast, mintak la aku bersabar ke apa ke. Ni mendiamkan diri?? X membantu langsung!!!

Keadaan macam ni memberi gambaran negatif dah dalam arena hui/kut online ni. Padahal bukan semua hui/kut online ni macam ni. Segelintir saja kot. Pendek kata, aku memang takkan percaya lg sebarang hui/kut online ni selepas kejadian ini. Cukuplah tu.

Sekarang aku hanya nak duit aku je. Lantak la si Admin tu nak annoying ke apa bila aku ganggu dia dgn pesanan2 telegram/messenger aku. Aku peduli apa kan. Duit tu aku punya, dan aku ada hak untuk tuntut sampai dapat. Kalau aku tak dapat, aku tak halalkan dan aku anggap depa berhutang dengan aku. RM+++ tu bukan amaun yang sedikit untuk aku halalkan begitu sahaja. Mungkin pd org lain amaun tu bukan besaq pun. Tp bg aku yg berpendapatan rendah ni n org tak berapa kaya, terasa sgt lah amaun tu. Mungkin sebab aku dh biasa hidup susah time di kampung dulu. Setiap sen yg ada perlu aku hargai sbb aku tau aku tak mudah nak dapat. Sesiapa yg duduk kat tempat aku dulu mesti rasa apa yg aku rasa. Kesusahan dulu mengajar aku lebih menghargai apa yg aku ada sekarang.

Kwn baik aku mintak aku reda sj kalau depa tak bayaq jugak. Kalau lebih dr 31.01.2015, aku belajar utk reda..InsyaAllah..Smg Allah lembutkan hati aku ni..Sedih beb :(


~Sekianlah utk kali ni. Makin byk aku taip,makin byk rs x puas ati~
Notakaki: Berhati- hati ketika mau join hui/kut secara online,ikhlas aku bg peringatan kat kwn2 aku ni...

~Still In Kapit Nan Sentosa~

Thursday, January 22, 2015

~Aku & Nebes~

Assalamualaikum..

Tedia...Tgk tajuk pun thu dah kih pa..
Aku dgn nebes memang x dpt dipisahkan. Teringat ms kena interview d SPA d Kedah. Huiii.. Dia punya nebes tu jgn cerita la. Teruk sungguh!!

Pastu ms Kusus Induksi. Pengucapan Awam la kononnya. Aku punya nebes tu sampai ketas yg aku pegang tu bergoyang sakan. Rasa mcm kepala lutut pun nak tercabut. Huhu...Nebes sungguh!!

Hari ni,tiba2 dipilih kena jd MC pulak time VVIP nak mari Kapit. Hadoihhh..aku dah cuak ni.
Pastu kena pulak bt teks. Aku dah la nebes ni. Harap2 nanti next month x la jd benda yg x sepatutnya. 

 Doa Nabi Musa AS:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

 Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; (Surah Taha : 25 -27)
Atau "Ya Allah ilhamkan daku kecerdasan dan lindungilah aku dari sifat jahat nafsuku."
Semoga hari tersebut lambat tiba. Huhu... 

Wednesday, January 21, 2015

~Novel Seteguh Fayqa~

Assalamualaikum & Selamat pagi..
Hamboii...nampak x yg aku skrg byk benar masa terluang...
Ada saja yg aku nak hapdet kan...
(Sebenarnya tahap boring aku dah sampai kemuncak).....

Baru- baru hr tu kakak ofis aku ada pinjamkan aku beberapa buah novel.
Untungla kan sebab ada geng yg berkongsi minat cenggini..
Aku sendiri pun da lama x beli novel..
konon nak berjimat,nak menabung sebab nati nak kawen kan nak pakai byk duit..
Ahlasan aje kan...( Tangan ke bahu,mata ke atas)..hikhik

Pict dari Incik Google

Sedikit sinopsis yang dapat aku simpulkan apabila sudah baca novel Seteguh Fayqa :

Fayqa adalah student tahun akhir bersama Dzahim,adik bongsu Dzariff(hero novel ni). Masa bab pertama sudah di cop sebagai gadis liar hanya disebabkan dia berada di tempat kejadian Dzahim dipukul. Padahal kebenarannya adalah Fayqa baru balik dari tempat kerja. Kebetulan aje dia nampak ada org kena pukul tp x sangka yg kena pukul tu adalah Dzahim,BFF dia. Disebabkan kes tu, Fayqa ni dipaksa duduk di rumah mak Dzahim sbb x mau la nanti gengster yg belasah Dzahim ni p belasah Fayqa pulak. Tu pun idea Dzariff.

Fayqa seorang yg agak berdikari dan boleh menyesuaikan diri walau dimana saja dia berada. Perkara pertama yg menjadi habit dia adalah sedar diri di mana bumi dipijak. Duk rumah org,pandai2 la bawak diri.

Fayqa di imaginasikan seorang gadis yg pandai memasak disebabkan pengalaman Part Time Work di sebuah kedai makan. Duduk di rumah keluarga Dzahim, dia secara automatik telah berhenti kerja demi keselamatannya dan menjadi orang gaji tak bertauliah. Ringanlah beban ibu Dzahim tu. Kakak2 Dzahim pun suka dengan Fayqa. Dan depa jd rapat secara x langsung. Dan Fayqa pun dapat keja part time di Butik Dzalia, kakak Dzahim.

Dzahim di imaginasi sbg seorang yg sgt manja. Maklum la anak bongsu. Tp dia dgn Fayqa ni kawan baik je taw. Tak lebih pun. BFF yg sgt sayangkan Fayqa. Lepas baik dr insiden kena pukul tu, bapak Dzahim ni bt keputusan hantaq dia p Oberc, Dzahim ni nak sgt p Oberc dgn Fayqa tp Fayqa tak mau p. Dia tak mau berhutang budi dgn Uncle Nain(bapak Dzahim).

Dzariff(abg Dzahim) hero novel ni pulak seorg yg over protective. Segala hal adik2 perempuan dia semua dia nak ambik tau. Satu hal yg paling bt dia marah bila adik dia Dzureen tu duk berkawan lg dgn Fareez London. Tp si Dzureen tu selalu x dgq kata. Duk kawan jugak. Siap p holiday lg dgn Fareez London tu. Tp senyap2 la. Tp watak Dzariff ni best. Bt x peduli je perasaan org. Jeneral sengal katanya... Hehehe..

Lama2 duk satu rumah tu Dzariff pun rs lain macam dekat Fayqa. Eh, tiba2 rasa nak kawen pulak! Tp Si Fayqa ni byk benar rahsia. X tau pun Fayqa tu anak tiri Datuk Syaq. Time abang tiri dia khairul Izwan mencanangkan pasal hubungan dia dgn Dzalia, Dzariff pun sibuk je melamar Fayqa. Mau x terkejut kwn tu. Berbulan bulan duk fikir nak bg jawapan apa. Last2 terima jugak sbb hormatkan mak pak Dzahim yg tumpangkan dia dulu. Pastu mak dia pun duk pujuk gak kata Dzariff tu baik dan sesuai sgt jd suami dia. Tu yg dia terima tu. Alhamdulillah kawen la depa pun.

Fayqa ni punyalah baik sgt sampaikan x kisah bila laki dia duk keja siang mlm dgn partner dia Musyrifah atau di kalangan Famili Dz ni dipanggil Mushy Pushy. Aku nak tergelak sungguh watak Mushy Pushy ni. Gila kerja ke gila Dzariff pun aku x faham. Yg Jeneral Sengal tu pun bengong juga, x faham langsung perasaan n hint si Mushy Pushy ni. Lagi duk layan, pastu puji2 lg depan bini dia.

Smp satu tahap Dzalia dah x tahan dgn perangai abang dia n perangai baik Fayqa. Dia ajar Fayqa jd cemburu dan bukakan mata Fayqa tu n wujudlah DZ4+F(grup wassap depa). Time nilah adik2 ipar Fayqa yg perempuan ni ajar dia cemburu. Sebab depa meluat sungguh2 dgn Mushy Pushy tu. Asyik duk mengekor abang depa. Tp yg abang depa tu langsung tak faham apa satu. Tetap juga duk bt perangai x peduli. Sampailah satu hari tu Fayqa kena culik.

Barulah Dzariff buka mata dan luangkan masa utk bini dia. Dzahim marah giler sbb time ni Dzahim balik bercuti. X pasal je Dzariff ni kena sindir perli dgn adik beradik dia. Rupanya Fayqa kena culik dgn Fareez London, Ex boipren Dzureen tu. Tp Fayqa x trauma sbb kena culik tu. Yg dia marah tu sbb laki dia x jwb call dia time kecemasan mcm tu dan dia syak ada org sabotaj panggilan telefon dia.

Satu hari tu, si Mushy Pushy tu p la jumpa Fayqa minta tlg. Dia nak minta izin nak berlakikan Dzariff. Tp Fayqa suruh Mushy Pushy tny Dzariff sndiri. Bila bersemuka 3 penjuru, Dzariff ni marah sbb dia memang x da perasaan kat Mushy Pushy. Kiranya mcm Mushy Pushy ni bertepuk sebelah tgn. Habislah Dzariff ni buka kitab pasal Poligami,pasal adil, pasal reda pasrah. Keputusannya takkan ada isteri lain selain Fayqa dlm hidup dia. Frust la si Mushy Pushy tu. Siap dipaksa resign lagi. Rugi jer!

Bab last sekali tu, tak ada novel yg x happy ending kan? Mestilah happy ending juga. Nak tau kesudahannya, p beli novel tu. Hahaha...

Pengajaran yg aku dpt dr novel Seteguh Fayqa.. Jgn jd perosak rumahtangga orang. Memang tak salah berpoligami tp tgk la dulu keadaan diri. Bole berlaku adil ke tidak. Sebab apa nak poligami? Walaupun kwn baik tu dah jd laki org,jgn la duk menempek sebelah dia. Mulut org ni kdg2 tak boleh nak tutup. Jd pesanan aku, jauhkan diri dr suami org, jgn nak mesra sgt. Bimbang membuahkan bibit2 cinta. Kesian kat isteri kwn kita tu. Hormatlah sesama wanita kerana hanya wanita faham isi hati wanita. Dalam novel ni, aku respect dgn Dzariff sbb bt keputusan pecat Mushy Pushy tu.

Sekianlah dulu entry bab Seteguh Fayqa ni. haha..Sapa2 nak beli novel tu, kalau x ada lg novel ni, p beli lekas pastu bc..byk pengajaran bole dpt. Highly Recommended!!

~Still In kapit Nan Sentosa~Peace!!

Monday, January 19, 2015

~ Selamat Bertunang Cik Siti Maimunah~


Assalamualaikum.....Roger!!!

Berita yg aku terima yesterday..Sepupu aku tunang!! Pilihan keluarga katanya. Sedihnya sbb aku x ada dgn dia pun time nih....

Hantaran dia...Mantapnyer!!!

Dia & Anak2 Menakannya...I miss them really hard!!

Saat disarung cincin ke jari manis beliau....

Well.. Tahniah Cik..Dgr2 kata majlis perkahwinan akan diadakan pd 30.05.2015 hari Sabtu. Aku pun dgn semangatnya cek la tiket flight nak balik p makan kenduri dia nanti time Gawai tuh..cuti pun byk hari la wey...Tp harga tiket tu mahal la pulak...huhu..Ni sayang duit ke syg sepupu lebih?? Haaa...tu kna tepuk dada aku tanya hati aku la kan...


Last but not least..Selamat bertunang cik..smg semuanya berjalan dengan lancar..
Percayalah dengan takdir Allah bahawa setiap anak Adam telah ditentukan jodohnya. Sm ada lambat atau cepat aje.
Byk2 la berdoa sahabatku...

~ Still In Kapit Nan Sentosa~


Wednesday, January 14, 2015

~Internet di hujung jari~

Pagi2 ni eksesais dgn senyum deh.. Aku senyum sengih sorang2 bila ingat teman2 bek sekampung aku yg lani bukan main lg canggih. Tak payah nak Mesej2 guna kredit yang seduit(1sen) lg dah. kan hado byk aplikasi yg menggunakan internet. Whatsapp, Wechat, Kakaotalk, Telegram dan mcm2 kekdah lg nak berhubung oii.

Rasa dekat pulak dengan dema tu. Padahal masing2 ada yg duk di Sabah, Labuan dan aku sendiri d Kapit. Ada lg kwn2 aku masih di kg nan permai. Itulah kwn2 aku dari Pasti sama2, sekolah rendah sm2 n sekolah menengah sama2.

Aku sebenarnya nak boh gambar tp malangnya tak dak la pulak gambo kuma semua. Sokmo lupa nak berselpie dgn dema time balik kg. Tggu aku balik kg bulan 3 nati aku nak selpie byk2 dgn dema. InsyaAllah. Harap2 aku x lupa lg.

Sesungguhnya aku merindui dema. Azie,Zimah, Cik Gee,Fizah, As,Wada n last but not least Kholik. Huh, kalo raya mmg x sah ni kalo x jumpa dema ni. Huuuu...Lambat lg nak raya.

Ok..Stop d sini..esok2 sambung lg....Thanks to Kakaotalk,Whatsapp,Wechat n Telegram sbb menghubungkan kuma yg berjauhan. I love uols my BFF... Tunggu aku balik tau...

#Haaaa...ni bahasa kampung aku tau...ada ala2 kelantanese kan....ehik!!

~Novel AD & Iz~


Muka depan Ad + Iz

Aku beli novel ni masa aku menganggur dulu. Tahun 2010 kalau x silap aku. Kisah dia bagus la juga. Ad jd isteri bidan terjun si Iz tu gara-gara girlfren Iz tu lari p oberc. Pelik la juga knp girlfren dia x mau kawen dgn Iz tu. Bila aku terus baca, rasanya aku dapat agak yang girlfren Iz tak ready nak bersuamikan Iz yang masa tu bersaiz XXL. Ad mengklasifikasikan Iz sebagai kenderaan terlebih muatan. Ahahaha... Tapi Ad tak adalah memandang rendah pada Iz. Dia terima Iz seadanya plus dia suka kat Iz tu sgt2 dari sekolah lagi okeh.
Bila aku baca dan baca lagi, rupanya Ad tu ada kembar tapi sudah berpisah sejak kecik. Kesian Ad duk dgn mak dia yang akhirnya meninggal dunia dan dia duduk dgn mak tiri yang garang macam mak tiri Cinderella.

Alkisahnya dedulu Ad ni bersekolah dengan Iz. Tp sbb satu perjanjian di mana Ad tak boleh jatuh cinta pd Iz. Iz ni golongan kerabat, mana boleh Ad nak sayang2. Dan sekolah pun ms tu ditanggung oleh papa Iz. Papa Iz bayar mahal dekat mak tiri Ad. Mak tiri Ad pulak memang jenis mata duitan. Kelabu mata bila disogok dgn duit yg banyak tanpa memikirkan Ad pun. Yang penting dia dpt duit banyak.

Ms sekolah, Iz ni ada sakit. Selalu masuk hospital. Sedara angkat dia yang kebetulan sedara kembar Ad yang muka seiras dgn Ad pula meninggal dan Iz syg giler kat sedara angkat dia. Time tu papa dia jumpa Ad dan bawak Ad jumpa Iz. Ad la yg bagi semangat dekat Iz hingga kawan tu sihat kembali dan mahu meneruskan hidup selepas kematian sedara angkat dia. Lps sihat Ad pun menghilangkan diri seperti dalam perjanjian yang dipersetujui. Ad tak boleh jumpa Iz lg.

Tp selepas  8 tahun Ad bertemu dgn Iz dan tiba2 diminta menyamar bertunang dgn Iz. Dgn cek bernilai 10k Ad setuju. Tp yang lebih tak sangka bila nenda Iz mahu nikahkan cucu dia time tu juga. Siap berlakon sakit jantung dan tu hasrat terakhir nenda. Mereka menikah juga.

Selepas bernikah.depa pindah duk rumah sendiri. Hidup Ad mcm tertulis oleh takdir yg dia perlu tandatangan mcm2 perjanjian. Dia kena sambung belajar sementara Iz pula berjanji nak turunkan berat badan. Berjaya!

Mcm2 konflik timbul lps tu. Rahsia yg mn Ad sebenarnya masih ada bapa dan abang kandung. Sikap Iz yang buat keputusan terburu buru dan girlfren Iz yang dah kembali ke Mesia konon dah ready nak kawen dgn Iz tp malangnya Iz dah sayang cinta sama Ad.

Tapi adat dlm novel, semuanya happy ending. Ad pun berjaya dapat Ijazah. Siap ada anak lagi haa...
Nak tau detail..sila beli novel ni & baca sendiri. Highly recommend!!

~Still D kapit Nan Sentosa~