Assalamualaikum..Gud morning
Mood hr ni x berapa baik. Sebab gara2 turn hui/kut aku x dibayar lg smp sekarang ni. Aku bg ms sampai dekat sebulan tp tak ada pun tanda2 depa nak bayaq. Ni yg buat aku nak marah ni. Aku dah nak pakai duit nak buat kenduri, nak renovate rumah, nak beli perabot lg. Eh, sakit pulak hati aku!!!
Meh la aku cerita sikit pasal hui/kut online kawan aku punya kawan yg jd admin nie. Aku percaya sebab Stacy kawan aku ni berkawan baik dgn admin tersebut. Takkanlah Stacy nak naya aku kan. Aku tau admin tu pun bkn berniat nak naya aku. Cuma kawan2 admin tu yg tak bertanggungjawab.
Alkisahnya aku join hui/kut ni lps raya tahun lps (2014). Nak cukupkan orang yg hanya 6 orang tu. Maka aku dgn baik hatinya booking la no last sekali iaitu no 6 yg mana tarikh sepatutnya aku dpt duit tu adalah pd 10.01.2015. Seorang byr RM200 tp bila smp turn x payah la byr kan. Which mean nanti akan dpt RM1000 sahaja.
Aku ni sgt punctual dan tak suka melengah lengahkan bayaran sbb aku rs bersalah kalau2 org tu nak pakai duit ke apa. Bajet macam aku yg duduk kat tempat diorg tu la kononnya. Semua turn aku bayar ontime. Tak pernah terlewat dari tarikh yg sepatutnya tu. Ada sekali tu lebih awal dr tarikh sepatutnya aku bayar.
Sedihnya bila turn aku, ada pulak yg buat perangai tak bayar2 sampai sekarang. Bila aku tanya Puan Admin tu, dia pun senyap ja x balas mesej ke apa. Bila si Stacy tanya pun dia x jawab apa2. Kamuorang rasa apa yg aku patut buat?? Sakit ati aku ni jgn cakap la..tahap gorilla mau makan orang dah ni.
Lps ni aku memang takkan main lg dah hui/kut secara online ni. Menyakitkan hati je. Teringat zaman arwah pak n arwah mak aku men kut di kampung dulu. Setiap kali turn memang tak pernah jd masalah pun. Baiknya org2 kg aku kan. Macam tu br orang hormat dan percaya.
Aku tak salahkan Admin tu. Sesekali tak salahkan Stacy. Cuma benda ni adalah tanggungjawab setiap orang yg main hui/kut ni. Sedar tanggungjawab masing2. Tau x bila xbayar hui/kut org yg berkenaan sedangkan org berkenaan dah byr ms turn dia,secara tak langsung dia yg tak byr ms turn org berkenaan tu dah makan duit org berkenaan tu. Dlm Islam, duit tu dah jd duit haram dah. Kalau bukan Islam, aku tak taulah duit tu jd haram ke x.
Jd Admin pun kna ada peranan juga. Sebenarnya peranan Admin hui/kut ni berat tau. Rules kena ikut betul2 dan kena tegas. Setiap turn mesti kena pegang duit yg dikumpul tu. Then bila sampai turn org2 berkenaan, Admin tu yg bayarkan. Masalah yg aku hadapi sekarang ni jd sebab Admin x ambik tau pasal ni. Percaya yg anak2 buah dia bayar pd org2 yg ikut turn tu tp sebenarnya anak2 buah dia x bayar pun. Dan aku ni adalah Mangsa!!! Kalau aku tau, aku pun nak buat lambat bayar juga, br padan muka org tu. Aku consider sbb ms tu diorg nak raya krismas. Ikut hati aku, mau aku repot polis ni.
Kalau setakat 3 4 kupang tak adalah aku kisah sgt. Ni dah bole selesaikan satu kenduri arwah kot. Macam mana aku nak halalkan amaun sejumlah tu? Ni kalau kakak abang aku tau ni harus kena marah aku ni. Hadoiii... Stressss!!!
Aku tau kwn2 aku ramai yg main kut/hui secara online ni. Baik korang berhati- hati. Cadangan aku la yg rasa jd mangsa ni kan, nak main hui/kut ni kena kenal ahli2. Admin bagus pun tak guna la kalau ahli2 macam haprak! Serius!! Aku percaya kat Stacy, sebab Admin yg handle hui/kut aku join tu kawan Stacy. Cuma kwn2 si Admin tu lah yg buat aku rs nak marah ni. Dah la tak dapat aku nak hubungi atau contact. Eh, nak aje aku bom kan budak ber2 tu lah!!! Tak bertanggungjawab langsung!!
Yg jd Admin tu pun. Kalau boleh tolong...tolong la layan/balas whatsapp/telegram/messenger tu dik oiii..Jd la Admin yg bertanggungjawab. Jgn bt x tau je. Aku kalau nak bt jahat, boleh je Shout out kat grup hui/kut tu. Tapi aku kesian kat Admin tu. Memang bukan salah Admin tu. Tapi cara dia yg mendiamkan diri tu x menyelesaikan masalah. Atleast, mintak la aku bersabar ke apa ke. Ni mendiamkan diri?? X membantu langsung!!!
Keadaan macam ni memberi gambaran negatif dah dalam arena hui/kut online ni. Padahal bukan semua hui/kut online ni macam ni. Segelintir saja kot. Pendek kata, aku memang takkan percaya lg sebarang hui/kut online ni selepas kejadian ini. Cukuplah tu.
Sekarang aku hanya nak duit aku je. Lantak la si Admin tu nak annoying ke apa bila aku ganggu dia dgn pesanan2 telegram/messenger aku. Aku peduli apa kan. Duit tu aku punya, dan aku ada hak untuk tuntut sampai dapat. Kalau aku tak dapat, aku tak halalkan dan aku anggap depa berhutang dengan aku. RM+++ tu bukan amaun yang sedikit untuk aku halalkan begitu sahaja. Mungkin pd org lain amaun tu bukan besaq pun. Tp bg aku yg berpendapatan rendah ni n org tak berapa kaya, terasa sgt lah amaun tu. Mungkin sebab aku dh biasa hidup susah time di kampung dulu. Setiap sen yg ada perlu aku hargai sbb aku tau aku tak mudah nak dapat. Sesiapa yg duduk kat tempat aku dulu mesti rasa apa yg aku rasa. Kesusahan dulu mengajar aku lebih menghargai apa yg aku ada sekarang.
Kwn baik aku mintak aku reda sj kalau depa tak bayaq jugak. Kalau lebih dr 31.01.2015, aku belajar utk reda..InsyaAllah..Smg Allah lembutkan hati aku ni..Sedih beb :(
~Sekianlah utk kali ni. Makin byk aku taip,makin byk rs x puas ati~
Notakaki: Berhati- hati ketika mau join hui/kut secara online,ikhlas aku bg peringatan kat kwn2 aku ni...
~Still In Kapit Nan Sentosa~
No comments:
Post a Comment