Wednesday, January 21, 2015

~Novel Seteguh Fayqa~

Assalamualaikum & Selamat pagi..
Hamboii...nampak x yg aku skrg byk benar masa terluang...
Ada saja yg aku nak hapdet kan...
(Sebenarnya tahap boring aku dah sampai kemuncak).....

Baru- baru hr tu kakak ofis aku ada pinjamkan aku beberapa buah novel.
Untungla kan sebab ada geng yg berkongsi minat cenggini..
Aku sendiri pun da lama x beli novel..
konon nak berjimat,nak menabung sebab nati nak kawen kan nak pakai byk duit..
Ahlasan aje kan...( Tangan ke bahu,mata ke atas)..hikhik

Pict dari Incik Google

Sedikit sinopsis yang dapat aku simpulkan apabila sudah baca novel Seteguh Fayqa :

Fayqa adalah student tahun akhir bersama Dzahim,adik bongsu Dzariff(hero novel ni). Masa bab pertama sudah di cop sebagai gadis liar hanya disebabkan dia berada di tempat kejadian Dzahim dipukul. Padahal kebenarannya adalah Fayqa baru balik dari tempat kerja. Kebetulan aje dia nampak ada org kena pukul tp x sangka yg kena pukul tu adalah Dzahim,BFF dia. Disebabkan kes tu, Fayqa ni dipaksa duduk di rumah mak Dzahim sbb x mau la nanti gengster yg belasah Dzahim ni p belasah Fayqa pulak. Tu pun idea Dzariff.

Fayqa seorang yg agak berdikari dan boleh menyesuaikan diri walau dimana saja dia berada. Perkara pertama yg menjadi habit dia adalah sedar diri di mana bumi dipijak. Duk rumah org,pandai2 la bawak diri.

Fayqa di imaginasikan seorang gadis yg pandai memasak disebabkan pengalaman Part Time Work di sebuah kedai makan. Duduk di rumah keluarga Dzahim, dia secara automatik telah berhenti kerja demi keselamatannya dan menjadi orang gaji tak bertauliah. Ringanlah beban ibu Dzahim tu. Kakak2 Dzahim pun suka dengan Fayqa. Dan depa jd rapat secara x langsung. Dan Fayqa pun dapat keja part time di Butik Dzalia, kakak Dzahim.

Dzahim di imaginasi sbg seorang yg sgt manja. Maklum la anak bongsu. Tp dia dgn Fayqa ni kawan baik je taw. Tak lebih pun. BFF yg sgt sayangkan Fayqa. Lepas baik dr insiden kena pukul tu, bapak Dzahim ni bt keputusan hantaq dia p Oberc, Dzahim ni nak sgt p Oberc dgn Fayqa tp Fayqa tak mau p. Dia tak mau berhutang budi dgn Uncle Nain(bapak Dzahim).

Dzariff(abg Dzahim) hero novel ni pulak seorg yg over protective. Segala hal adik2 perempuan dia semua dia nak ambik tau. Satu hal yg paling bt dia marah bila adik dia Dzureen tu duk berkawan lg dgn Fareez London. Tp si Dzureen tu selalu x dgq kata. Duk kawan jugak. Siap p holiday lg dgn Fareez London tu. Tp senyap2 la. Tp watak Dzariff ni best. Bt x peduli je perasaan org. Jeneral sengal katanya... Hehehe..

Lama2 duk satu rumah tu Dzariff pun rs lain macam dekat Fayqa. Eh, tiba2 rasa nak kawen pulak! Tp Si Fayqa ni byk benar rahsia. X tau pun Fayqa tu anak tiri Datuk Syaq. Time abang tiri dia khairul Izwan mencanangkan pasal hubungan dia dgn Dzalia, Dzariff pun sibuk je melamar Fayqa. Mau x terkejut kwn tu. Berbulan bulan duk fikir nak bg jawapan apa. Last2 terima jugak sbb hormatkan mak pak Dzahim yg tumpangkan dia dulu. Pastu mak dia pun duk pujuk gak kata Dzariff tu baik dan sesuai sgt jd suami dia. Tu yg dia terima tu. Alhamdulillah kawen la depa pun.

Fayqa ni punyalah baik sgt sampaikan x kisah bila laki dia duk keja siang mlm dgn partner dia Musyrifah atau di kalangan Famili Dz ni dipanggil Mushy Pushy. Aku nak tergelak sungguh watak Mushy Pushy ni. Gila kerja ke gila Dzariff pun aku x faham. Yg Jeneral Sengal tu pun bengong juga, x faham langsung perasaan n hint si Mushy Pushy ni. Lagi duk layan, pastu puji2 lg depan bini dia.

Smp satu tahap Dzalia dah x tahan dgn perangai abang dia n perangai baik Fayqa. Dia ajar Fayqa jd cemburu dan bukakan mata Fayqa tu n wujudlah DZ4+F(grup wassap depa). Time nilah adik2 ipar Fayqa yg perempuan ni ajar dia cemburu. Sebab depa meluat sungguh2 dgn Mushy Pushy tu. Asyik duk mengekor abang depa. Tp yg abang depa tu langsung tak faham apa satu. Tetap juga duk bt perangai x peduli. Sampailah satu hari tu Fayqa kena culik.

Barulah Dzariff buka mata dan luangkan masa utk bini dia. Dzahim marah giler sbb time ni Dzahim balik bercuti. X pasal je Dzariff ni kena sindir perli dgn adik beradik dia. Rupanya Fayqa kena culik dgn Fareez London, Ex boipren Dzureen tu. Tp Fayqa x trauma sbb kena culik tu. Yg dia marah tu sbb laki dia x jwb call dia time kecemasan mcm tu dan dia syak ada org sabotaj panggilan telefon dia.

Satu hari tu, si Mushy Pushy tu p la jumpa Fayqa minta tlg. Dia nak minta izin nak berlakikan Dzariff. Tp Fayqa suruh Mushy Pushy tny Dzariff sndiri. Bila bersemuka 3 penjuru, Dzariff ni marah sbb dia memang x da perasaan kat Mushy Pushy. Kiranya mcm Mushy Pushy ni bertepuk sebelah tgn. Habislah Dzariff ni buka kitab pasal Poligami,pasal adil, pasal reda pasrah. Keputusannya takkan ada isteri lain selain Fayqa dlm hidup dia. Frust la si Mushy Pushy tu. Siap dipaksa resign lagi. Rugi jer!

Bab last sekali tu, tak ada novel yg x happy ending kan? Mestilah happy ending juga. Nak tau kesudahannya, p beli novel tu. Hahaha...

Pengajaran yg aku dpt dr novel Seteguh Fayqa.. Jgn jd perosak rumahtangga orang. Memang tak salah berpoligami tp tgk la dulu keadaan diri. Bole berlaku adil ke tidak. Sebab apa nak poligami? Walaupun kwn baik tu dah jd laki org,jgn la duk menempek sebelah dia. Mulut org ni kdg2 tak boleh nak tutup. Jd pesanan aku, jauhkan diri dr suami org, jgn nak mesra sgt. Bimbang membuahkan bibit2 cinta. Kesian kat isteri kwn kita tu. Hormatlah sesama wanita kerana hanya wanita faham isi hati wanita. Dalam novel ni, aku respect dgn Dzariff sbb bt keputusan pecat Mushy Pushy tu.

Sekianlah dulu entry bab Seteguh Fayqa ni. haha..Sapa2 nak beli novel tu, kalau x ada lg novel ni, p beli lekas pastu bc..byk pengajaran bole dpt. Highly Recommended!!

~Still In kapit Nan Sentosa~Peace!!

2 comments: