Wednesday, January 14, 2015

~Novel AD & Iz~


Muka depan Ad + Iz

Aku beli novel ni masa aku menganggur dulu. Tahun 2010 kalau x silap aku. Kisah dia bagus la juga. Ad jd isteri bidan terjun si Iz tu gara-gara girlfren Iz tu lari p oberc. Pelik la juga knp girlfren dia x mau kawen dgn Iz tu. Bila aku terus baca, rasanya aku dapat agak yang girlfren Iz tak ready nak bersuamikan Iz yang masa tu bersaiz XXL. Ad mengklasifikasikan Iz sebagai kenderaan terlebih muatan. Ahahaha... Tapi Ad tak adalah memandang rendah pada Iz. Dia terima Iz seadanya plus dia suka kat Iz tu sgt2 dari sekolah lagi okeh.
Bila aku baca dan baca lagi, rupanya Ad tu ada kembar tapi sudah berpisah sejak kecik. Kesian Ad duk dgn mak dia yang akhirnya meninggal dunia dan dia duduk dgn mak tiri yang garang macam mak tiri Cinderella.

Alkisahnya dedulu Ad ni bersekolah dengan Iz. Tp sbb satu perjanjian di mana Ad tak boleh jatuh cinta pd Iz. Iz ni golongan kerabat, mana boleh Ad nak sayang2. Dan sekolah pun ms tu ditanggung oleh papa Iz. Papa Iz bayar mahal dekat mak tiri Ad. Mak tiri Ad pulak memang jenis mata duitan. Kelabu mata bila disogok dgn duit yg banyak tanpa memikirkan Ad pun. Yang penting dia dpt duit banyak.

Ms sekolah, Iz ni ada sakit. Selalu masuk hospital. Sedara angkat dia yang kebetulan sedara kembar Ad yang muka seiras dgn Ad pula meninggal dan Iz syg giler kat sedara angkat dia. Time tu papa dia jumpa Ad dan bawak Ad jumpa Iz. Ad la yg bagi semangat dekat Iz hingga kawan tu sihat kembali dan mahu meneruskan hidup selepas kematian sedara angkat dia. Lps sihat Ad pun menghilangkan diri seperti dalam perjanjian yang dipersetujui. Ad tak boleh jumpa Iz lg.

Tp selepas  8 tahun Ad bertemu dgn Iz dan tiba2 diminta menyamar bertunang dgn Iz. Dgn cek bernilai 10k Ad setuju. Tp yang lebih tak sangka bila nenda Iz mahu nikahkan cucu dia time tu juga. Siap berlakon sakit jantung dan tu hasrat terakhir nenda. Mereka menikah juga.

Selepas bernikah.depa pindah duk rumah sendiri. Hidup Ad mcm tertulis oleh takdir yg dia perlu tandatangan mcm2 perjanjian. Dia kena sambung belajar sementara Iz pula berjanji nak turunkan berat badan. Berjaya!

Mcm2 konflik timbul lps tu. Rahsia yg mn Ad sebenarnya masih ada bapa dan abang kandung. Sikap Iz yang buat keputusan terburu buru dan girlfren Iz yang dah kembali ke Mesia konon dah ready nak kawen dgn Iz tp malangnya Iz dah sayang cinta sama Ad.

Tapi adat dlm novel, semuanya happy ending. Ad pun berjaya dapat Ijazah. Siap ada anak lagi haa...
Nak tau detail..sila beli novel ni & baca sendiri. Highly recommend!!

~Still D kapit Nan Sentosa~

No comments:

Post a Comment