Saturday, August 24, 2013

~Aku dan Masa~

D kala pukul 3:50 pg..aku duk tercangak sensorang d LCCT bak lone ranger.
Betapa aku x berapa gemar keadaan begini.
Dah la xdak tempat tidoq yg selesa..bole plak lepak sj2 kat McD tp x beli pun makanan McD..bole tera tu?

Aku ni xsuka bab kna duk tggu mcm pungguk rindu bulan.
Kalo ada geng,terubat sikit sunyi sepi dlm diri..ni sensorang!

Keadaan ni bukan la kali pertama aku lalui. Tapi kali ke-3 dan aku x suka keadaan begini. Tahap ketidaksukaan aku tu menyebabkn aku terpikir akan nk mintak tranfer shj. Persoalannya apa pula alasan aku yg boleh d kategorikn sbg alasan yg konkrit yer? Masalah besar utk aku fikirkn.

Keadaan begini turut menyebabkn aku tak berapa suka nk balik kg. Jd korang misti fhm knp aku pilih balik kg setahun sekali sahaja. Selebihnya keadaan beginilah yg aku harus lalui jika balik kg. Makan masa btoiii!! Nak sampai d Kapit nun sudah tentu la petang2 esok. Nasib Ahad masih cuti.

Kepenatan yg aku rasai bkn kerana kerja berat @ bwk brg berat dr kg tp penat sbb duk tggu lama sgt d LCCT,lemah btoi.... Lemah badan. Mn tdo yg x cukup lg.. Nak tdo pun teragak-agak..maklum la perempuan.

P/S : Harap sgt kaum keluarga mengerti keadaan yg aku alami dan aku bukan lah sj2 x mo balik kg sokmo. Sekian, terima kasih.


Saturday, August 17, 2013

~Selamat Hari Raya Aidilfitri~

Walaupun sudah hari ke 10 tp aku nk jugak ucap Selamat Hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Cuti selama 3 mggu ni buat aku rs x nak balik ke Kapit pulak kn...
bkn pa...dan p Kapit bila plak nk bole balik kg lg...tu pun 1 pertanyaan yg xdak jawapan gak.
Aku balik bercuti raya dgn membawa balik 4kg kek lapis sarawak homemade yg aku beli dr sorg kakak d opis aku.
Tak lupa gak aku ada jugak pos kn ikan terubuk masin yg adik aku request. Tu pun ramai lg sanak sedara aku yg x dpt. Aku agak terkilan jugak sebenarnya sbb xdpt nk penuhi permintaan mereka yg lain. Aku hrp mereka memahami dilema yg aku lalui. Bukan niat aku ni membezakn antara mereka tp aku sndri pun xdpt nk teka sapa yg nk sapa yg x nak.
Pasal kek lapis,aku sgt bersyukur sbb mencukupi apa kwn2 pesan. Walaupun xdak la byk sgt tp sekadar utk d rasa, aku cukup berpuas ati. Alhamdulillah aku x mengecewakan kwn2 yg mn sedang berbadan 2.
Syukur sgt dpt penuhi kehendak ibu2 mengandung ni.

Akhir kata, Selamat kembali bekerja bt mereka yg sudah mula bekerja selepas cuti raya..jgn marah sbb aku masih bercuti yer...

Caiyokkkk!!! Majulah ekonomi utk negara! Yeah!!

Friday, July 26, 2013

~Salam Ramadhan 1434H~

Assalamualaikum
Salam Ramadhan
Ini kali ke-2 aku menjalani ibadah puasa Bulan Ramadhan d perantauan. Ecewahhhh..
Kiranya aku ni perantau la kan??
Even sudah separuh bulan dah pun berpuasa tp baru lani aku dan nk update Blog aku yg serba kekurangan ni..

Alhamdulillah..tak berapa lama lagi boleh la balik kampung. Eeeei..best nya la nak pulang ke kampung halaman yang jauh nun d sana nun. Bukan selalu nak pulang ke kampung neh. Sekali setahun ni. Huhu..
Sedey betoi la memikirkan keadaan sendirian d sini ni..

Nak cerita bab makanan bole x?
Dukacita di maklumkan bahawasanya aku belum dapat makan lagi ayam percik.
Hohoho...makanan pebret pun susah nak dapat kat sini.
Susah..xtau nak makan apa la duk di sini.
Asik2 ayam..Hari2 ayam..Muka xmacam ayam berat pun xnak naik...Buntu!!

Okelah..malasa dah aku nak menaip lg..Sedih memikirkan diri di perantauan.

Gud bye..See u again in next entry..
Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka Puasa.
Lastly Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin

Friday, July 5, 2013

~ShakLee~

Assalamualaikum...

Shaklee~ Bukanlah nama orang atau nama binatang peliharaan aku. Tp Shaklee ni adalah nama produk kesihatan yang sekarang ni menjadi sangat la femes d Malaysia ni.
Sebut sahaja nak produk tuk kuruskan badan, nak hilangkan jerawat atau utk apa2 jenis penyakit pun,Shaklee la produk yang tepat untuk di terai seisi keluarga.

Antara Produk Shaklee

Jangan tak tahu, aku sekarang ni pun menggunakan Shaklee tau. Tapi sebab nak menaikkan berat badan aku yang sikit ni.Hahaha..Menurut pengguna yang lain, produk Shaklee juga sangat bagus untuk kanak-kanak. Hinggakan mampu juga merawat masalah kesuburan. Jangan tak percaya ramai sudah yang menimang cahaya mata hanya dengan consume Product Shaklee ni. Tp opkos la dengan izin Yang Maha Esa juga. Alhamdulillah...


Omega Guard ni pun aku dah terai. Best!!! Tu saja la yang mampu aku katakan.


Ni pun aku makan jugak. Nak la cerita. Sebelum ni bintik2 kecik selalu naik kat kaki aku tak kira aku pakai losyen atau tak pakai losyen. Kalo biji2 merah tu nak naik,dia bukan kira masa. Suka ati dia saja. Tp lepas sebulan aku pakai,aku perasan la yang biji2 merah2 tu dah x naik lagi kat kaki aku. Even aku pakai losyen atau tidak. Wahhh...ini sangat mengagumkan aku. Sebenarnya aku pun tak tahu apa benda biji2 merah tu. Sebab bila aku pergi jumpa doc pakar,dia cuma kata alah pada losyen saja. Aiseh!!!

Aku consume ESP ni sebab nak naikkan berat badan aku sebenarnya. Tp aku juga tahu yang boleh merawat kalo ada sakit ekzema. Dan bole juga mencantikkan kulit. Aku hanya fokus pada berat badan,bukan pasal kulit. Tapi kalau dapat kedua-duanya,apa salahnya kan??? Bonus la tu kiranya..ye dak?? Sekarang selain consume Shaklee,aku guna losyen la utk lembabkan kulit. Losyen apa?


Inilah dia losyen aku. Losyen la sangat kan? Krim ni pun bagus juga. Actually inilah produk Shaklee pertama yang aku beli. Syokkkk sangat bila pakai krim ni.  Perasaannya xdapat nak d ungkapkan d sini kerana xada perkataan yang mampu describe perasaan aku tu. Hahaha..macam tu sekali kan.


Aku consume Ostematrix bkn sebab tulang atau apa tp sbb aku xbole tido malam.
Dan Oste sgt membantu aku mendapatkan tidur yang secukupnya.

Entry kali ni semuanya pasal Shaklee sbb aku pengguna Shaklee. Tapi tak adalah sampai nak jadi SID pulak kan. SID stand for Shaklee Independent Distributor. Tu dia aihhh...speaking no...Tp dalam ati kecik aku ni terasa nak juga jd SID. At least utk diri sendiri n x la menyusahkan kawan2 lagi kan. Segan pun ada juga ma..

Ok lah, Sekian dulu entry kali ni. see u next entry...

# Still In Kapit Nan Sentosa #

Friday, June 21, 2013

~SeLamAt JaLan BOSS~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia
..
Tahniah untuk Incik Boss a.k.a Encik Soo Weng Kong yang dapat surat pertukaran berkuatkuasa 1 Julai 2013 setelah genap 3tahun 6 bulan berkhidmat sebagai Pengarah Cawangan di JANM Cawangan Kapit.
Dalam Mesyuarat terakhir bersama kami(Staf2 JANM Kapit),beliau menyatakan betapa beliau sikit pun tidak menyesal dengan keputusan yang di buatnya dulu malah dia enjoy sangat ketika berada di Kapit. Jelaslah bahawa Kapit bukanlah destinasi yang terlalu teruk untuk di terokai. Boss dah buktikan pun.
Sepanjang Boss berkhidmat d Kapit,terlalu banyak perubahan yang di lakukan Boss. Transformasi yang positif. Dan aku secara tak langsung turut sama berbangga dengan pencapaian Boss dalam membentuk 1Malaysia antara kami semua.

Esok,hari Sabtu akan ada konvoi besar besaran menghantar Boss ke Wharf Kapit seawal jam 7pagi.
Awal kan?? Haha..aku nak ikut x? Tapi malasnya nak bangun pagi2..hohoho.. Tapi demi Boss,akan aku turut serta. Hahaha...


Sayu pulak bila tiba time to say good bye ni...Tacink tetiba...huhu

Apapun aku berterima kasih kepada Boss sebab kasi aku peluang belajar d unit gaji dan pindahkan aku ke unit akaun pula. Jasamu kukenang Boss.

Dia sudah..saya bila lagi???
Nampak gaya aku kena duduk lama lagi pa di Kapit nan sentosa ni??
Semoga ada rezeki aku dapat pindah p semenanjung pulak next year..InshaaAllah



Novel lagi.....

Sekarang aku sedang dalam proses membaca novel ni selepas khatam novel SSID. Seminggu beb aku nak habiskan novel SSID yang tebal gabak tu..hahaha
Novel ni pun ala-ala SSID jugak. Tapi melibatkan org kaya kna kawen dengan Penjual Beger. Habis la Penjual Beger tu kna perli kena hina dek wife yang kerja sebagai CEO itu.
Tapi sekejap saja sebab perempuan kan umpama keras kerak nasi ja. Lama rendam dalam air maka lembutlah dia. Itulah kisahnya novel yang aku tengah baca ni. Ada yang lucu ada yang sedih. Okey lah pendek kata novel ni.. Jangan marah ha....kui3!!!!!

Sekian untuk kali ini......

Friday, June 14, 2013

~LaGi2 NoVeL...!!~


Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia...

Sejak dulu, aku memang suka membaca. Tak kira la apa jua jenis bahan bacaan.
Tetapi sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, aku sangat suka membaca novel Melayu yang di tulis oleh penulis tempatan. Aku pun tak paham kenapa jadi gini. Yang jelas, aku sangat suka.

Kalau setakat membaca tak la menjadi masalah. Yang menjadi masalah apabila hobi dan minat aku ini memaksa aku membeli novel2 yang aku teringin. Menjadi masalah juga apabila di Kapit pula tak ada kedai buku yang ada jual novel yang aku kehendaki.

Makanya, aku pun mulalah berjinak- jinak dengan pembelian novel secara online. Aku rasa jakun sekejap. Hahaha...Apa pun secara online ye sekarang?? Udah maju ko siti?? Kih kih kih...

Sebenarnya Saya Isteri Dia

Buku yang aku baru beli walaupun keluarannya tahun lalu. Opkos la secara online. Cerita yang sekarang ni menjadi fenomena di TV3 setiap Jumaat jam 9 malam ini turut sama menjebakkan aku ke dalam dunia pembacaan. Aku bukan apa yang beli ni. Geram dengan TV3 kat umah aku tu. Asal nak tengok TV3 ja mesti tersekat sekat. Stress aku yang tengok.

Ni pun dalam List ni...hua3!!!

Seterusnya novel ini yang turut sama di dramakan. Jalan cerita dalam drama ini bikin aku stress dan sakit hati dengan barisan pelakon yang mantap. Tetapi aku masih juga ingin memiliki novel ini. Nantilah aku beli.
Sekarang menjadi fenomena betul dengan drama adaptasi novel sehinggakan aku pun naik sasau. Rasanya bukan aku sorang saja kot yang emosi bila tengok cerita teduhan kasih di TV3 setiap isnin-Khamis jam 7mlm ni kot. Mesti penggemar2 drama tempatan pun sama emosional bila tengok drama ni. hahahaha...

Sudahlah entry kali ni. Selamat bekerja. :)





Tuesday, June 11, 2013

~PeNanTiaN & AkaUn~

Tajuk pun Penantian...
Penantian untuk apa??
Opkos la penantian nak balik kampung...
Bulan ni genap la 8 bulan tak balik kampung..
Rindu tu jangan cakap la... Tersangat okeh!!
Maklum la tak pernah berjauhan dengan family sebelum ni kan...

Balik nati....
Dan agak lama jugak x update blog yang serba kekurangan seperti tuan empunya blog ni juga
hehehe....


Kami di JANM Cawangan Kapit
Setahun di Jabatan Akauntan Negara Cawangan Kapit membawa aku kepada 2 pengalaman.
Belum pun setahun aku belaja selok belok pasal gaji kakitangan awam yang di selenggara oleh unit gaji, aku di tukarkan pula ke unit akaun. Unit akaun pada pandangan aku agak menyakitkan sebab berkemungkinan aku tak berapa suka dengan akaun. Tapi sebab aku sudah di tukar ke unit akaun secara rasmi siap ada hitam putih lagi, aku kena belaja juga walaupun aku macam blur dengan apa yang aku sedang belaja. Hanya certain2 part yang aku benar2 boleh buat dengan yakin dan banyak part lain yang aku rasa tiada keyakinan langsung untuk buat.

Akaun oh Akaun!!!!!
Aku nak mintak nyawa sangat pasal akaun nih...hua3!!!
Mujur jugak la ada si Pais tu yang banyak mengaja walaupun banyak jugak main2..
Kadang2 aku rasa macam xkerja pun ada jugak.
Kadang datang harinya rasa 8 jam tu x cukup pulak.
Pendek kata ada yang menarik untuk di nikmati dan ada yang kurang menarik.
Aku memang blur la...Haih!!!

Dan dalam kedua dua unit ini,aku lebih suka dengan unit gaji. Walaupun kadang2 tu kes agak seram untuk di fikirkan tapi yang penting enjoy!!!

Duduk di unit akaun pulak aku di dedahkan dengan macam2 laporan elektronik yang patut aku tahu. Barulah aku tahu betapa susahnya jika imbangan duga tiap2 hari x imbang. Barulah tahu betapa susahnya selalu di desak utk mencetak pelbagai jenis laporan setiap bulan. Belum termasuk mencetak cek untuk unit gaji yang berlambak tu. Tercabar beb!!! Dulu di unit gaji senang2 jer suruh org unit akaun cepat2 cetak cek sebab nak cepat pos. Sekarang padan muka aku sebab akulah yang di desak mereka yang di unit gaji tu mencetak cek. Hahaha...Bunyi macam balas dendam saja kan??

Tapi aku hargai sangat peluang yang aku dapat ni. Aku sedar yang tak semua orang boleh dapat peluang seperti aku. Walaupun aku tak minta nak masuk ke unit akaun tapi aku kena ingat yang aku telah rela hati nak masuk ke unit akaun yang bagi aku penuh dengan pancaroba ini. Dan aku wajib kuatkan semangat supaya aku mampu menimba ilmu sebanyak mungkin.

Aku sebenarnya tak sabar2 nak balik beraya bulan 8 nanti.
Hahaha...lagi dua bulan tu..aku sebenarnya sudah bersiap sedia.
Awal2 tahun lagi aku dah minta cuti daripada Boss dan Boss pun dah luluskan.
X nak la jadi macam tahun lepas..
Last minit baru Boss luluskan. Resah hati aku menanti kelulusan tersebut.
X nak ulang lagi..Sejarah tak mungkin berulang...hua3!!!

Okeh la...aku nak pulang ke pangkal jalan dah ni..
Jumpa lagi uols...haha

Wednesday, February 20, 2013

~Ikan Pekasam~

Aku antara insan yg paling suka dengan menu ini...
Bila teringat atau terfikir sj pun dah kecur liur...
Ikan Pekasam
 
Ni dia ikan pekasam goreng!!!

Wahh.....tgk gambar pun air liur aku seakan ingin meleleh..
Apakah maksudnya aku perlu belajar buat ikan pekasam pulak kat Kapit ni?
Aku mmg penah belajar dgn arwah mak aku dulu tp aku xpenah la buat sendiri.
Agak2 kalo buat ni menjadi ke tidak??
Nak balik Kedah lambat lagi nak makan benda alah ni.

Ni dia aku ada terjumpa resepi ikan pekasam..
hahaha...nk buat ikan pekasam pun kena cari kat intenet..teruk sungguh la kan??

Bahan-bahan ( goreng bila perlu )

  • 10 ekor ikan talapia @ ikan lain - disiang & dibasuh bersih.
  • 10 sudu kecil garam & 13 keping asam keping/asam gelugur.
  • 1 cawan beras, dibasuh, digoreng tanpa minyak hingga perang & dimesin jgn halus sangat.

Cara-cara

  1. sapu setiap ekor ikan dgn sesudu kecil garam rata2.lpastu tepek @ lumur setiap ikan dgn beras hancur td.
  2. sediakan 1 bekas bertutup, tabur 3 kpg asam keping.susun 3 ekor ikan diatasnya. tabur 3 kpg asam keping lagi atas ikan, susun ikan lagi.buat selang seli hingga habis.
  3. tutup rapat bekas supaya tidak dihinggapi lalat & bertelur di tepinyer.(telo tu la yg akn jd ulat/larva). tutup la dgn tudung saji misalnya.. setelah 5 hari baru masukkan peti sejuk. boleh lah digoreng bila diperlukan.

haha..tu dia!! Harus dah aku ni dah "Homesick" sesangat nih..
Bila nak pulangkan diri ke Kedah ekk?
Aku rindu nak makan ikan pekasam ni...
Kat Kapit xda pulak..
Tanya org2 pun depa xreti buat..
Kesian kat aku kann???

Kalo kat tempat aku di kampung sana nun depa guna ikan lampam yang banyak tulang tu.
Opkos la aku xpenah buat pun.
Aku hulur RM$ ja..Made in Kedai Hj Asri ja..kehkehkeh!!
Aku tgk resepi tu guna ikan talapia.
Sini bukan xda ikan talapia..ada tp....hmmmmm
No komen..heheh!

Ok lah cukup sampai d sini..waktu rehat dah tamat bererti waktu kerja aku bermula.
Bz kan diri sy...hihi
Bye uols..see u next entry lor.....!






Friday, February 15, 2013

Tentang Aku

Assalamualaikum..
Hari ni aku teringin nak perkenalkan diri..hahaha..
Bukannya dari dulu aku patut kenalkan diri ke?
Ahh..xkisah la janji rock!
 
Ni Dia Peta Negeri Kedah Jelapang Padi..mai cek mai!!!!


Aku berasal dari daerah yang bernama Padang Terap tu.
Yup..yg dekat dengan Thailand tu..
Yg ramai org Siam tu.

Apa yg ada di kampung aku?
Sm juga macam kg2 org len..
Ada Masjid, Ada kedai runcit, ada rumah2 org ada surau ada tanah perkuburan ada padang bola dan ada sebuah sekolah yg di beri nama Sekolah Kebangsaan Panglima Awang. Aku dulu bersekolah d situ la sebelum melangkah ke Sekolah Menengah dekat pekan tu.



Ni Dia Sekolah Panglima Awang..malangnya pict kecik sgt!!!


Knp Post aku berkaitan dengan Tentang Aku??
Sbb aku rindu banget dengan tempat kelahiran aku ni..
Nak balik tetiap hari macam jauh jer...
Alangkah baiknya kalau ada highway direct dari Sibu merentas Laut China Selatan menuju ke Kedah...
Wahhhh....aku mungkin manusia paling bahagia kott.....






Friday, January 18, 2013

VCO+A ( virgin coconut oil antioxidants

VCO by Catalyst
VCO+A by Treenea

Pertama kali aku try VCO by Catalyst sejak hujung bulan September 2012.
Perubahannya agak ketara lepas 2bulan. Aku rasakan perubahan tersebut dan aku sgt gumbira.
Antara perubahannya adalah berat badan aku naik kepada 43kg ( timbangan pd 18/1/2013).
43kg adalah berat yang paling tinggi sepanjang hidup aku.
Sapa xgumbira kan bila tubuh yang dulunya kering kini semakin berisi.
Memang kredit to VCO product dr Catalyst tu la... TQ sesangat buat yg sudi memberi pendapat dan penjelasan kpd aku yg sememangnya sejak dulu kurang berani mencuba benda2 ni semua. But VCO sgt berguna utk org yang kekurangan berat badan seperti saya.

Sekarang aku makan VCO Antioxidants pulak by Treenea. Antara kebaikan VCOA ini adalah :

1 : Membantu kelancaran sistem pencernaan.
2 : Mengurangkan kadar kolesterol dan darah tinggi serta risiko penyakit jantung
3 : Meningkatkan sistem dan daya tahan tubuh
4 : Membantu mengurangkan berat badan
5 : Membantu merawat pelbagai masalah kulit
6 : Menyokong fungsi tiroid
7 : Membekalkan nutrien penting dalam membantu pertumbuhan rambut yang sihat.
8 : Menghalus dan menyeragamkan struktur kulit.

Aku nak cerita pasal VCOA ni macam panjang aje ceritanya. Dipendekkan cerita bahawa VCOA ini baik untuk kesihatan.
Rasa macam nak promote kat geng2 jer padahal semua org pun dah tahu kot pasal ni.
Aku jer yang ketinggalan...kakaka!!!